Pages

Monday 25 August 2014

Kesal...

Assalamualaikum...

Tajuk kesal memang ada dalam fikiran aku sekarang nih.
Kesal dengan tindakan manusia yang tidak bertindak mengikut akal dan fikiran.

Membuatkan seseorang merana sampai tidak mengenal diri sendiri.
Adakah pihak yang teraniaya itu bersalah??

Kadang-kadang kita harus berfikir sejenak apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup kita!


Thursday 21 August 2014

Lama tak jumpa.... Hoi!!!

Hoiiii..... !

Eh main hoi2 lah pulak kan?
Jom kita cerita-cerita dalam blog nih.
Sekadar bercerita suka-suka, duka-duka, sakit-sakit dan melepaskan perasaan yang terpendam dalam hatiku ini.

Tapi kadang-kadang sebagai kenangan dalam hidup ku jugak kan??

Ok....

Selama berblog ni kalian belum pernah nampak lagi gambar anak bujang saya kan??

Meh kita tengok....

 *gambar malas nak watermark. Jangan curi eh :p



























Wednesday 25 September 2013

Tuesday 24 September 2013

Vita-Lea Iron Formula & Chewable Vita-C Plus dari Shaklee

Assalamualaikum...

Cakkkkk, hahhh tak nak baca post terbaru aku lettewwwwww :p

Ekekekeke... Nevermind, kat sini aku cuma nak update apa vitamin yang aku makan untuk pregnancy yang ke-3.
Memang paling utama sebelum aku kenal produk Shaklee, tentunya kena ambil Obimin dan Folic Acid.
Tetapi memandangkan aku ni ahli Shaklee, jadi aku nak merasa produk-produk keluaran Shaklee sendiri. Korang-korangs semua harus ingat, Shaklee nih bukan ubat tau tapi produk supplement atau nutrisi tambahan untuk kesihatan.

Sesiapa yang ambil produk Shaklee haruslah menjadi orang yang sihat betul tak?
Yes! memang betul!

Macam aku sekarang nih, sejak ambil Vita-Lea untuk gantikan Obimin aku terasa seperti ber-energy setiap hari. Takder rasa melarat sangat bila bawa perut. Aku tak berasa letih sangat bila malam tiba. Yang penting buat kerja semua laju jer.




Antara kebaikan Vita-Lea:

  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas 


Cara makan nyer senang jer, sehari cuma sebiji jer lepas sarapan, macam aku buat nih: 



Produk yang ke-2 aku ambil Chewable Vita-C Plus:

gambar -google
Seriously ckp makan benda ni memang sedap! Cuma kunyah 2 biji sehari.
Kalau nak tau, anak-anak aku memang cukup gemar makan Vita-C nih. Sampaikan satu hari aku terlupa nak sorokkan, mereka nampak botol tuh atas meja terus sambar sampai habis.

Balik rumah tengok tinggal botol kosong jer. :) Nak-nak bila Sofea yang nampak botol tuh. Dia yang akan paksa aku untuk buka tutup botol tuh, minta 2-3 biji terus gigit!

Setiap produk ada kebaikan dan keburukan nya. Tapi aku memang dah jatuh hati dengan produk Shaklee nih sejak aku gunakan Multivitamin Vita-Lea nih.


Okeh itu saja yang nak dikongsi kan, tapi kalau sesiapa berminat korang boleh wassap kat no: 011-262 66624
Memang korang akan dapat harga yang special dariku!




Kata-kata perangsang Hari ini






Assalamualaikum...
It's words: 








Monday 23 September 2013

Hilang kawan :(

Assalamualaikum...

Petang-petang nih nak berdrama sikit. Ekekekeke.
Biasalah aku nih kan kalau tak meluahkan perasaan memang tak sah.

Last week aku rasa macam down sangat sebab selama nih aku ingat kan orang yang nak berkawan dengan aku memang seikhlas yang mungkin. Tapi apa kan daya, rupa-rupanya mereka tak berapa senang nak berkawan dengan aku selama ini.

Tapi terfikir jugak, kenapa ek diaorang nak elak-elak macam tuh?
Sampai lah satu hari aku update FB menyatakan kemaafaan ku pada kawan yang tak berapa nak kawan dengan aku.

Aku ingat kan mereka tak kan fikir apa-apa. Rupa-rupanya mereka membalas dengan penuh rasa dendam terhadap aku. Ingin sekali aku bertanya apa masalah mereka terhadap aku.
Tapi aku rasa kan itu semua akan memberi kesan yang negatif pada aku mahupun sidia.

Jadi aku ambil tindakan untuk berdiam diri dan muhasabah diri. Mungkin benar kata dia salahnya dari aku.
Aku redha.

Buat sahabat, seandainya ada yang lebih baik dari aku jaga dan eratkan lah hubungan kawan itu dengan ikhlas :)

Wassalam :)

A Little boy inside my tummy :)

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat Ilahi aku akan dikurniakan anak lelaki.
Selama ini memang kami menunggu kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga kami.

Memang tak dijangka saat ini terjadi. Aku rasa macam dunia nih aku yang punya.

Alkisah nya nak tahu sangat gender baby ni, last 17/09/2013 - aku mengadu kat husband sebab masa hari Ahad (15/9/2013) dan Isnin (16/9/2013), aku noticed bila aku lepas poo poo jer mesti bahagian ari-ari aku sakit. Dah macam membengkak, dah tu pulak aku rasa mcm kepala baby dalam perut aku nih dah ada kat position bawah.

Untuk pengetahuan korang, aku memang tak tahu lagi jantina baby sebelum tarikh 17/9/2013. Semua kenalan dok teka perut aku 

" ni mesti anak lelaki nih"

"ish kak, tak berani lah saya nak cakap, jangan lah ckp mcm tu kak, saya mcm takut pulak. Bukan takut apa, saya tak nak beria kalau kata ini lelaki esok2 keluar perempuan"

Itu memang salah satu nyer lah. Aku bukan tak nak terima takdir, tapi aku tak nak beria sangat sebelum aku tahu jantina nya. Sebab aku takut akan terkeluar perasaan kecewa, almaklum lah aku manusia biasa yang punya perasaan hehehehe.

Ok now back to the story, alkisah petang pkl 5 tu, Laling bawa aku pergi Hospital Umra kat Sek 13, Shah Alam. Sebab nya aku dok mengadu kat dia hal aku sakit bahagian bawah dan mungkin aku rasa aku 'leaking'- pecah air ketuban sedikit demi sedikit.

Sebab kalau korang nak tau, masa Sofea dulu kesahnyer aku kena c-sect, sebab poor progress akibat dari air ketuban yang berkurangan. Masa tu aku tak tau pun yang air ketuban aku rupanya dah bocor sikit demi sedikit.

Untuk mengelakkan risiko, Laling suruh aku pergi check-up. Sampai jer kat hospital, Laling dok sibuk dengan wassap group nyer tuh, dia minta aku pergi sorang. Maybe perasaan dia mcm dah biasa kot, ye lah anak ketiga kan, tak der apa yang nak excited sangat. Tapi aku tetap excited sebab aku yang mengandung kan anak-anak aku jadi aku yang rasa sakit, susah nyer nak mengandung.

Sampai turn kena panggil, aku cerita kan lah apa kesahnyer kat doctor. 

"ok awak baring kat situ kita scan baby, tengok apa yg boleh saya tolong"

"ok doctor" -  sambil nurse tolong 'selakkan' apa yang patut untuk di scan.

" hurmmm, saya tengok air ketuban mmg cukup takder masalah"

"owh ye ker doctor" 

" Yup, ok kita tgk keadaan baby pulak, owh ok kepala baby ah ada kat bawah, placenta pun dah ada kat atas, so semua nya dalam keadaan baik"

" Alhamdulillah, tapi doctor memandangkan ini baru 1st time saya scan untuk baby ni, boleh tak nak tau gender baby?"

" ok boleh jer, so yang kat rumah dua orang tu lelaki ker perepuan?"

"saya dua-dua dapat perempuan" 

" owh kalau mcm tuh, awak tgk kat gambar nih, tgk yang atas nih peha kanan dia, yang bawah nih peha kiri dia, hah yang tengah bulat nih 'TELUR' "

"Hah telur?" - sungguh aku blur apa itu telur, terkial-kial nak fikir telur tuh apa

" aik takkan awak tak tau telur tuh apa, it's boy!" 

Syukur alhamdulillah, tak terkira dan tak terkata bila kawan-kawan yang meneka baby boy ni termakbul doa mereka.

Alhamdulillah, Allahuakbar!

Speechless bila dapat tau yg dalam perut nih anak lelaki!



Doa kalian amat lah dihargai. Mudah-mudahan semuanya selamat nanti bila sampai waktunya!
Amin. :)