Pages

Friday 28 December 2012

Kat mana tuh dik?

Coya bam-bam ada kat ofis?
Jeng jeng....





Published with Blogger-droid v2.0.8



Monday 10 December 2012

Sentap!

Assalamualaikum, 

Entry kali nih tak mau cerita pasal pregnancy anak sulung saya.... :)
Hari nak bercerita pasal aktiviti semalam, tapi mengisahkan pasal anak sulung aku - Saidatul Arissa.

Sayuppppppppp jer hati, bila tengok perkembangan anak membesarkan?

Antara semalam perbualan yang paling menyentuh perasaan aku, masa nih aku anak-anakku mandi, tp taulah bebudak bila dia dengar nak word 'mandi' jer kelam kelibut nak masuk bilik air, sebab nak main air:


"saidatul! jangan main air kan ibu cakap!"

"Atun tak main air lah ibu, atun cuma nak mandi jer"

ibu: T____T

"yelah nak mandi buka lah baju tu dulu, tengok baju atun dah basah tuh"

*Saidatul keluar, sebab nak minta tolong kat aku suruh buka baju dia...itu pun bila dia tengok ibu dia dah mcm singa, baru nak keluar dari bilik air, tiba-tiba dia boleh cakap kat aku mcm ni:

"ibu jangan lah marah shaye.... shaye minta maaf ya ibu.... (buat muka seposen)"

*gulpppp, ibu dia terkedu.....

Terus tak jadi marah, mulut aku yg terbuka luas mcm singa betina lapar nih, tetiba terkatub rasa nak tersenyum pun ada. 

Syukur anak ku nih lembut hati juga rumpanyerrrrrr :) (sejuk perut ibu merandung :p)


Saturday 8 December 2012

Kisah pregnancy anak sulongku - Saidatul Arisa

Assalamualaikum,


Perhatian kepada pembaca, kisah ini mungkin terlalu panjang tapi akan aku pendekkan menjadi kisah ber-episod.


Alkisah....
Aku dinikahkan pada 7.3.2009 bersama calon pilihanku sendiri En Mohd Shahidan :)


 (I love you abang) wink wink (^0^)

Majlis berlangsung dengan meriahnyer, nanti aku upload gambo nyer dalam blog.

Ok nak cerita sikit-sikit jer pasal kenduri kahwin lepas. :p Dah macam baru kenduri minggu lepas jer kan aku nih?

Lepas dua (2) minggu bernikah, aku selalu tak sihat, asik nak demam jer. Lepas tuh bila makan, pandang lauk yang warna merah jer rasa nak muntah... lauk merah tuh macam lauk masak merah, masak sambal dan sebagainya yg warna merah :p

Memang tak boleh nak makan nasi langsung, then bila malam jer rasa dizzy semacam... dah lebih 2 minggu lah rasa macam tuh. Aku tak tahupun itu simptom orang hamil. (perkataan bahasa melayu yang sungguh sopan.... peace yo!)
Aku decide nak pergi jumpa doctor, eh terlupa pulak aku selalu mengadu kat husband sakit perut cramp...
Sampai tiap malam dia malas nak layan aku. Nanges-nanges aku keseorangan..., bukan apa dia selalu ckp 'abang boleh buat apa pun bila ayang sakit perut' T-T
agak manja lah masa tuh, (padahal minta simpati kat laki untuk hadap perut aku yang cramp masa tuh)

Bila buat pregnancy test, doctor confirm aku pregnant dah nak sebulan :) Memang kembang semangkuk, hati pulak berbunga-bunga kan bila dapat tahu aku mengandung.
Sungguh sayu hati, rasa macam tak percaya jer mula-mula, tapi itulah kenyataan yang aku akan bergelar ibuuuuuu!

Sang suami apa lagi, memang sukaaaaa sangattttttt, sampai tak terkata lah. Masa tu aku dan husband memang stay kat ruma MIL.

Mula-mula tak nak bagitau sesiapa tapi kan bila hati dah berbunga sangat, sibuklah aku nak kobarkan kat semua orang yang aku jumpa. MIL pesan, masa 1st trimester jangan sibuk-sibuk nak bagitau orang dulu, itu memang petua, sebab takut tak jadi, (korang rasa betul tak?)

Aku pelik gak petua tuh, bukan nak berlagak, tapi aku tengok retis sekarang baru hamil seminggu terus upload FB / Twitter sebab nak menyampaikan berita baik.

Ok pedulikan, mana yang baik kita contohi, mana yang buruk kita jauhi - best tak ayat saya ituuuuuu??

Macam dah banyak jer entry ni kan? Ok tunggu next episod, biar perabih aku cerita karenah orang mengandung sulong nih... Hehehehehe


Tapi sebelum TAMMAT, aku nak bgtau simptom2 org mengandung seperti berikut, tp ini berdasarkan pengalaman aku tau: (dah mcam rencana Bahasa Melayukan?)


  1. paling obvious korang boleh tau, korang nih pregnant ker tak, sakit puan korang tak datang sampai ke dua bulan. Sakit puan = Menstrual = datang haid :p
  2.  Korang akan rasa kurang selera makan tak kira lah pagi ker petang ker malam ker.
  3. Yang aku perasan bila mula-mula tuh keluar darah setompok merah sangat, ingatkan datang haid tapi cuma sehari sekali tu jer keluar darah,  masa tu aku buat dek lagi
  4. Bila dah kurang selera makan dah tentulah badan sakit-sakit, asik nak demam jer masa tuh
  5. Hah yang paling aku tak suka nih, aku tak boleh bau badan suami sendiri, bila bau jer memag nak muntah belanak lah, nak-nak time tuh dia suka letak pewangi Lavendar kat dalam bilik dan kereta, huh! lagi lah tak boleh masyuuuuukkkkkk!
  6. perut selalu sakit-sakit, tapi tak sure lah betul aku sakit ker tak, tapi memang rasa tak selesa sangat bila bangun pagi-pagi.
  7. 18SX- bila bersama tuh, kekadang keluar darah dari faraj, so ingatkan memang confirm datang haid, tapi bukan - ada terbaca satu artikel, bila sperma dah menampal kat dinding ovum, akan keluar darah sedikit atau setompok merah macam yang aku cakap tuh.
Dah kot tanda-tanda yang boleh aku share, PERINGATAN! ini kes berdasarkan pengalaman aku tau, sebab kengkadang lain orang lain experience nyer...

Ok, sambung episod 2.
Cau cin cau :)