Pages

Friday 28 December 2012

Kat mana tuh dik?

Coya bam-bam ada kat ofis?
Jeng jeng....





Published with Blogger-droid v2.0.8



Monday 10 December 2012

Sentap!

Assalamualaikum, 

Entry kali nih tak mau cerita pasal pregnancy anak sulung saya.... :)
Hari nak bercerita pasal aktiviti semalam, tapi mengisahkan pasal anak sulung aku - Saidatul Arissa.

Sayuppppppppp jer hati, bila tengok perkembangan anak membesarkan?

Antara semalam perbualan yang paling menyentuh perasaan aku, masa nih aku anak-anakku mandi, tp taulah bebudak bila dia dengar nak word 'mandi' jer kelam kelibut nak masuk bilik air, sebab nak main air:


"saidatul! jangan main air kan ibu cakap!"

"Atun tak main air lah ibu, atun cuma nak mandi jer"

ibu: T____T

"yelah nak mandi buka lah baju tu dulu, tengok baju atun dah basah tuh"

*Saidatul keluar, sebab nak minta tolong kat aku suruh buka baju dia...itu pun bila dia tengok ibu dia dah mcm singa, baru nak keluar dari bilik air, tiba-tiba dia boleh cakap kat aku mcm ni:

"ibu jangan lah marah shaye.... shaye minta maaf ya ibu.... (buat muka seposen)"

*gulpppp, ibu dia terkedu.....

Terus tak jadi marah, mulut aku yg terbuka luas mcm singa betina lapar nih, tetiba terkatub rasa nak tersenyum pun ada. 

Syukur anak ku nih lembut hati juga rumpanyerrrrrr :) (sejuk perut ibu merandung :p)


Saturday 8 December 2012

Kisah pregnancy anak sulongku - Saidatul Arisa

Assalamualaikum,


Perhatian kepada pembaca, kisah ini mungkin terlalu panjang tapi akan aku pendekkan menjadi kisah ber-episod.


Alkisah....
Aku dinikahkan pada 7.3.2009 bersama calon pilihanku sendiri En Mohd Shahidan :)


 (I love you abang) wink wink (^0^)

Majlis berlangsung dengan meriahnyer, nanti aku upload gambo nyer dalam blog.

Ok nak cerita sikit-sikit jer pasal kenduri kahwin lepas. :p Dah macam baru kenduri minggu lepas jer kan aku nih?

Lepas dua (2) minggu bernikah, aku selalu tak sihat, asik nak demam jer. Lepas tuh bila makan, pandang lauk yang warna merah jer rasa nak muntah... lauk merah tuh macam lauk masak merah, masak sambal dan sebagainya yg warna merah :p

Memang tak boleh nak makan nasi langsung, then bila malam jer rasa dizzy semacam... dah lebih 2 minggu lah rasa macam tuh. Aku tak tahupun itu simptom orang hamil. (perkataan bahasa melayu yang sungguh sopan.... peace yo!)
Aku decide nak pergi jumpa doctor, eh terlupa pulak aku selalu mengadu kat husband sakit perut cramp...
Sampai tiap malam dia malas nak layan aku. Nanges-nanges aku keseorangan..., bukan apa dia selalu ckp 'abang boleh buat apa pun bila ayang sakit perut' T-T
agak manja lah masa tuh, (padahal minta simpati kat laki untuk hadap perut aku yang cramp masa tuh)

Bila buat pregnancy test, doctor confirm aku pregnant dah nak sebulan :) Memang kembang semangkuk, hati pulak berbunga-bunga kan bila dapat tahu aku mengandung.
Sungguh sayu hati, rasa macam tak percaya jer mula-mula, tapi itulah kenyataan yang aku akan bergelar ibuuuuuu!

Sang suami apa lagi, memang sukaaaaa sangattttttt, sampai tak terkata lah. Masa tu aku dan husband memang stay kat ruma MIL.

Mula-mula tak nak bagitau sesiapa tapi kan bila hati dah berbunga sangat, sibuklah aku nak kobarkan kat semua orang yang aku jumpa. MIL pesan, masa 1st trimester jangan sibuk-sibuk nak bagitau orang dulu, itu memang petua, sebab takut tak jadi, (korang rasa betul tak?)

Aku pelik gak petua tuh, bukan nak berlagak, tapi aku tengok retis sekarang baru hamil seminggu terus upload FB / Twitter sebab nak menyampaikan berita baik.

Ok pedulikan, mana yang baik kita contohi, mana yang buruk kita jauhi - best tak ayat saya ituuuuuu??

Macam dah banyak jer entry ni kan? Ok tunggu next episod, biar perabih aku cerita karenah orang mengandung sulong nih... Hehehehehe


Tapi sebelum TAMMAT, aku nak bgtau simptom2 org mengandung seperti berikut, tp ini berdasarkan pengalaman aku tau: (dah mcam rencana Bahasa Melayukan?)


  1. paling obvious korang boleh tau, korang nih pregnant ker tak, sakit puan korang tak datang sampai ke dua bulan. Sakit puan = Menstrual = datang haid :p
  2.  Korang akan rasa kurang selera makan tak kira lah pagi ker petang ker malam ker.
  3. Yang aku perasan bila mula-mula tuh keluar darah setompok merah sangat, ingatkan datang haid tapi cuma sehari sekali tu jer keluar darah,  masa tu aku buat dek lagi
  4. Bila dah kurang selera makan dah tentulah badan sakit-sakit, asik nak demam jer masa tuh
  5. Hah yang paling aku tak suka nih, aku tak boleh bau badan suami sendiri, bila bau jer memag nak muntah belanak lah, nak-nak time tuh dia suka letak pewangi Lavendar kat dalam bilik dan kereta, huh! lagi lah tak boleh masyuuuuukkkkkk!
  6. perut selalu sakit-sakit, tapi tak sure lah betul aku sakit ker tak, tapi memang rasa tak selesa sangat bila bangun pagi-pagi.
  7. 18SX- bila bersama tuh, kekadang keluar darah dari faraj, so ingatkan memang confirm datang haid, tapi bukan - ada terbaca satu artikel, bila sperma dah menampal kat dinding ovum, akan keluar darah sedikit atau setompok merah macam yang aku cakap tuh.
Dah kot tanda-tanda yang boleh aku share, PERINGATAN! ini kes berdasarkan pengalaman aku tau, sebab kengkadang lain orang lain experience nyer...

Ok, sambung episod 2.
Cau cin cau :)
     
     
     

Thursday 11 October 2012

Hari ini hari Khamis

Assalamualaikum....

Hari ni nampak mcm hari tenang...


Tp hari nih mcm nak luahkan sesuat lah:


Wahai sayang, tahulah kamu bahawa aku amat menyayangi kamu...
Aku tidak pernah melupakan saat aku pertama kali jumpa kamu...

Tolong lah buangkan ego mu, demi aku dan juga keluarga mu...
Sedarlah aku tidak mampu untuk menanggung segala dugaan ini..

Ini sebab aku amat menyayangi kamu...
Sedarlah bahawa aku tidak pernah ada rasa untuk buat kamu susah hanya sebab aku...

sedar akan kemampuan mu aku redha menerima seadanya...
Tetapi apakan daya aku hanya manusia biasa...

sudah lah sayang, jangan lah kau terlalu berdegil dengan ku...
marilah kita bina keluarga bersama-sama...

dan sama-sama mencerahkan masa depan kita dan juga anak-anak kita...

Aku sayang kamu...
Akan aku senantiasa doakan kejayaan kamu dunia dan akhirat...



Wednesday 10 October 2012

Mokcik Berjaya!

Assalamualaikum,

Pekabo korang sekalian?

Ingat tak post saya gi interview tuh?
Saya dah berjaya!

Walaupun gaji tak berapa nak naik, tapi sy dapat jugak menaik taraf kan diri saya sebagai
CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE seusia 27 thn nih. (Mujur tak tua lagi :p)

Korang acane? mesti happy-happy dengan kerja yang korang ada kan?

Just nak upgradekan diri dengan menjai WEALTH PLANNER pulak lepas nih...
memang nak usaha lebih dah terus berusaha lagi....

Sokongan keluarga yang penting, tp apakan daya cemuhan dari keluarga terdekat lebih kuat dari kalangan kawan-kawan yang menyokong apa yang mokcik nih nak buat...

Tp mokcik pasrah nak... Mokcik tak mudah mengalah...yang penting mokcik sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik dari semalam dan hari-hari yang lepas....

Hurmmm, rasa nyer setakat ni jer kot nak share dulu, lenkali mokcik share yg lain eh...

adios amigos!


Tuesday 18 September 2012

Anak-anak

Assalamualaikum...

Salam Hari Malaysia :)


Mesti korang rasa lemau hari nih kan? Sebab korang dah cuti semalam...
Samalah mcm mokcik nih...

Hari nih mcm penat ckit sebab today I'm having interview dekat Port Klang...
Fuhhhhh nrevous tahap dewalah mok!

tapi yang kelakar nyer, I tipu-tipu sunat kat bos

Cik Itie: Bos, today I would like to ask your permission to go to the bank @ 10.00 a.m
(giler aku tak speaking london kat office?)
Boss: Ok, so when you will come back?
(hah yang ni lebih kurang dia ckp mcm tuh lah, I nih mmg failed English, setakat I and U boleh leeeeerrr)
Cik Itie: Thank you bos and I'll back before lunch
(kiah propar jugak aku nih yer)
2.5 hour later
Hah apa lagi baru ler sampai kat ofis nih hah...kih kih kih
Hampeh jer kan? iye2 ckp kat bos balik sebelum lunch, dah sudah nyer lepas lunch baru balik...
(puiiiiiii)
Huhuhu, itulah alkisah hari nih kan... I'm being tired today.
Tapikan ckp pasal penat, masa cuti 16/9/2012 (baik sungguh aku menaip tarikh Hari Malaysia nih kan??) En Husben ada jemputan kat Bukit Naga, Shah Alam (aku pun pelik kat Shah Alam nih mmg ada Naga ker? Yelah nama kampung tuh Bukit Naga, org dulu2 ckp, dulu nama tpt di beri sebab ada kisah disebaliknyer, kot-kot mmg ada naga duduk kat atas bukit kampung tuh kot, itu yg diberi nama Bukit Naga)
Masa perjalanan, hati nih mcm best jer, sebab apa tau... rumah kundangan (Hah kan dah terkeluar jawa celup aku tuh) yang kitaorang nak pergi tuh, ada ramai kawan En Husben masa En Husben bujang... aku terkenang lah masa zaman-zaman berkasih sayang dengan En Husben tuh, dia bawa kesana kesini jumpa kawan-kawan, kenalkan kat kawan-kawan dia, ada tu pulak kalo kawan dia ada gelfren (sorry bahasa pasar ku dah terkeluar) mesti gelfren dia sombong-sombong belaka, tapi adanyer aku heran??
Bila outing sesama, hah yang perempuan aku nengok masing-masing nak bergaya, kira tgk sapa yang lebih vogue dari aku kan? (mmg aku faham yang membaca nih akan muntah, sebab aku pun nak muntah nih) Tapi yang penting bila bertemu balik hari tuh, gelfren yang dulu-dulu aku nampak semuanyer nan hado (maknyer takder lah) hehehehehe
Kira aku nih boleh bertahan lagi lah dan mmg masih vogue lagilah kan?? (Sila jawab dalam hati, takut jawab pakai mulut nanti terkeluar sekali muntah korang tuh :p :p )
Hurmmm, sebenarnyer nak update pasal anak-anak saya.... tapi nih dah melalut lah pulak. Tak pasal-pasal bercerita zaman bercinta dulu....
Sekarang pun masih bercinta, cuma kami kurang nak tunjuk kat korang :p :p
Ok lah darling :)
Dah penat saangat nih, rasa mcm nak tido jer...
Sampai ke temu lagi....
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Cik Itie :)



Thursday 13 September 2012

Cakkkkk :p

Ola...

Korang pekabo?
Hari-hari memang I nak update blog, tp malas nyer tahap keberapa tak tahulah...

Untuk entry kali ni, I nak sharing suatu kisah yang I rasa tak patut kot 'si dia' bercerita kat blog...

As U ols know, ramai juga berblogging, banyak juga I baca blog yang tersohor...
tapi I tak nampak satu pun umat blogger yang pernah nak meroyan pasal keluarga dia dlm blog...

Cuma satu umat blogger nih yang I rasa terlalu bodoh untuk 'mengupload' kan semua cerita kisah yang dia benci dan nak jadi acah-acah blogger sensasi dengan menghina, mengutuk sedara sendiri dalam blog dia...

ok lah memang blog tuh hak milik ko, tapi seburuk mana pun org yang ko benci tuh tak perlu lah ko nak pamerkan kehebetan ko mencaci org yg ko benci dlm blog ko...

Ambil iktibar utk para blogger...tak mau tak mau....

I pun tak nak cerita panjang dan mengaibkan seseorang yg I pun pernah tak suka dan benci...

pendek kata - blogger tu mengutuk I. dah senang cerita!
I bukan nya nak tegakkan benang yang basah...

Tp kepada sesiapa yang pernah terbaca and purposly nak baca blog 'si dia', di sini I nak minta maaf atas segala kesilapan yang pernah I buat.

Tak semua manusia sempurna...pokok pangkal I boleh katakan 'mereka tak faham isi hati saya, jadi mereka akan fikir saya yang bersalah sebabnyer saya tidak mempunyai keluarga yang sempurna seperti 'si dia' dan pernah hidup susah dari kecil... Jadi saya tak salahkan sesiapa mmg semua manusia di dunia nih ada hak untuk bersuara...'

ok lah, I nak chillax lah...
Fyi, setiap tulisan yang kita buat kadang-kadang kena lah punya isi bernas bukan isi panas...

*** apa-apa kan yang I cakap tuh, I sendiri pun tak faham :p
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ok adios amigos



Saturday 18 August 2012

Monday 28 May 2012

Pagi nyer pun...

Bangun pagi gosok gigi....

Pergi ofis jangan bossi....

Hehehehehehe
Untuk makluman, awat hepi bebenor ni, pasainyer mokcik kena korja kat Kelana Jaya, start hari ni huhuhuhu

Semoga berjaya cik itiiiiii.....
Adios amigossss


Published with Blogger-droid v2.0.4

Alhamdulillah

Assalamualaikum,
Terkadang rasa menyampah, terkadang rasa gembira, tapi aku still berfikiran positif dan tak nak menganggap berita gembira sesuatu yang buruk..


Pendek cerita: pepandai la... Jangan ko nak berlagak sangat ngan aku sudah!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 22 May 2012

Bosan jer


Assalamualaikum, korang buek apo?
Den tension ni, sobab den takdo koje...


Published with Blogger-droid v2.0.4