Pages

Tuesday 29 January 2013

Jumpa 'jiran' baruuuuu :)

Assalamualaikum...

Malam tadi aku memang stay dekat rumah mak jer. Rumah mak kat Seksyen 19, Shah Alam. Memang dah terbiasa asal hujung minggu jer kami pergi rumah mak lepak-lepak. Tak pergi jenjalan mana-mana pun takper. Tak tau lah kenapa kan, tapi aku rasa sebab suasana berkumpul dihujung minggu bersama adik beradik. Itu yang rasa manissssssssss sekaliiiii.....

Dari Ahad malam Isnin kami memang ada jer kat Shah Alam, tapi pagi Isnin tuh awal-awal Laling dah mengajak keluar teman dia ambil kereta customer dia kat Taman Melawati, KL, kereta tuh nak dihantar ker Sarawak kot kalo tak silap. Yup, my Laling memang agent untuk penghantaran kereta ker Sabah Sarawak. Harga memang terbaik, korang masih boleh negotiate lagi ngan Laling. - ooopppssss terpromote pulak, tapi alang-alang dah bagitau tuh korang boleh dengan sengaja contact Laling untuk tau rate hantar kereta ke Sabah Sarawak - En Shahidan 012-2110561.

Macam biasa , sebelum nak ke KL, Laling ajak balik rumah Rantau dulu. Kami pun dah macam lipas kudung lah kami bersiap. Tak sempat nak tepek bedak dah kena masuk dalam kereta, jadinyer kenalah make-up dalam kereta. Sampai jer jumpa customer, dapat  pula sekotak limau GONG XI FA CHAI, lepas collect kereta kena 'escort' Laling, dia cakap dia lapar jadi kami pun pi lah cari tempat makan.

Aku memang tak tau lah nak kemana, pusing punya pusing sampai jalan yang sama pun dia berpusing 2, aku kalo diletakkan kat KL tuh sensorang memang tak berjalan lah, sebab aku memang tak haal jalan. At last jumpa jugak gerai ikan bakar tuh




Habis jer makan, kami bergegas pulang, huhuhuhu Sampai jer rumah borak-borak, lepak-lepak dengan mak dan adik beradik sambil makan limau GONG XI FA CHAI, aktiviti berlangsung sampai lah nak ke Maghrib.
Masuk rumah kemas-kemas baju, packing baju kat bilik lama aku tuh. tapi sebelum tuh, sang jejaka baik Laling, abang Ipar dan adik Ipar mengular ke Ole-Ole - karoke katanya (sila baca ala-ala propaganza). Kesain kan kat kami orang perempuan nih? huhuhuhu



Malam berlangsung pulak aktiviti membeli barang-barang dapur kat NSK, next time bila aku pergi lagi ke NSK aku tangkap gambar nyer eh, sebab dah lewat sangat, dalam kepala asik nak fikir balik jer, nanti kalo tak membeli barang-barang dapur tak berasap pulak dapur aku nanti.

Balik jer, Kakak ku sibuk cakap pasal nak pasang grill kat rumah baru kat bandar Botanic. Masa nak pergi NSK pun dok sibuk cerita pasal grill rumah Lepas shopping pun sampai jer rumah dia terus bukak Tab lepas tuh search google pasal grill rumah.

Masa tuh dia asik tengak satu blog nih grill rumah, tengok punya tegok dia cakap:

" Ti tingkap nih dah macam kat rumah ko jer"

"ye ker? bak mai tangok sekejap"

"yelah Ti, nih dekat rumah ko" 

" Haah lah, ooooooo ini jiran siti yang kat rumah belah sana tuh" - belah mana pun kak Am tak tau, hehehehe

Rupanyer dia dapat search google blog jiran baru saya :) adik atia , comel kan blog nih? Adik Atia nih memang pandai bercerita, hehehehehe. Salam perkenalan eh. Auntie pernah singgah rumah Atia, masa tuh memang Atia belum pindah lagi kat rumah tuh, cuma Ibu dan Ayah Atia tengah mengemas kat rumah tuh.



gambar nih lah yang auntie perasan Atia jiran auntie, hehehehe, tapi cantik lah ibu dan ayah Atia design rumah. Rumah auntie pun rumah bujang-bujang, memang takda perabut lagi, hehehehe.
Apa-apa pun, nanti jangan segan-segan nak datang rumah aunti tau Atia, anak auntie Saidatul pun asik ajak jenjalan pusing satu taman. 

Okeh nanti kita sembang-sembang lagi eh, auntie nak balik dah nih, daaaaaaaaa


Hari Selasa

Assalamualaikum....

Hari Selasa, aku bekerja macam biasa. Tapi dah rasa macam Monday Blues lah pulak nih.
Dah syioookk sangat bercuti dari hari Ahad sampai ke Isnin.

Sabtu lepas memang kerja tapi half day jer.
Aku gi ofis pepagi, bawa kereta. Anak-anak tunggu kat rumah dulu, nanti ibu ambil tau.

Planning lepas pkl 11.30 keluar kejap amik bebudak ngan bapak budak a.k.a Laling, hahahahaha
Laling minta aku jaga bebudak nih kejap kat ofis, aku pun tak kisah sangat sebab kebetulan bos takder kan.
So sampai jer ofis, anak-anak aku teruja masuk ofis.

si kakak siap minta kebenaran dengan ayah dia: 

"ayah, atul nak ikut ibu gi work boleh tak?" - sambil lentokkan bahu dah macam minah gedik

"ok jom ikut ibu, meh turun kereta cepat" - 
eh dah tetiba aku yang jawab, si kakak tanya ayah ibu dia pulak yang mencelah.

Korang pepaham lah bila budak yang baru nak dapat akal dengan budak baru jer dapat akal nih masuk ofis, opkos lah nak kena ikut karenah diaorang nih.

Kakak - "ibu atul nak pen nak tulisssss" 
Sofea - dia memang belum boleh bercakap tapi dia sibuk mengusik semua benda yang ada kat ofis. Aku memang dah tak tahu nak bagi apa, tapi ternampak pulak 
Kakak lagi - "ibu atul nak biskut macam adik makan tuh"
dan kakak lagi - "ibu kak nak peeeeeeeeee"

huh!, pecah kepala pulak bila dua beradik nih digandingkan kat ofis....



ni makan dia...
Bergambar lah si Kakak dan Adik...
Cer tengok adik tuh bukan main diva nak duduk atas meja kan?

Siap kerja tunggu pulak Laling nih, memang geram jugak lah sebab balik pukul 3.
Laling sampai jer terus ajak makan Pizza kat Setia Alam.


gambar makanan memang tak do, pasal dah lapar sangat aku anak beranak terus terjah.
Tapi kami memang order pizza set baru yang ada ketam tuh dengan nasi grilled dengan chicken wings. 
Harga : RM98.00 - telan jer lah 
Sesaja belanja untuk anak-anak ngan Laling :)

Okeh kita sambung nanti eh.

Friday 25 January 2013

Hadapinya dengan tabah :)

Assalamualaikum...

Agak tensi hari ni, sebab rasanya macam banyak kerja.
Aku rasa terlalu resah kelisah lah semenjak dua menjak nih. Tak tau lah pasal apa.
Mungkin aku rasa pasal pocket money kot.

Terasa jugak lah bila kita dah berumah tangga nih. Nak-nak pulak bila dah ada harta sendiri.
Contoh paling besar dengan gaji aku yang tak seberapa ni, aku rasa memang tak mencukupi. Hurmmmm

Tapi aku kena kuatkan semangat, sebab aku tahu pasti ada jalan nya. Ini sebab kita kena selalu dekatkan diri pada Allah S.W.T.


Hari Jumaat :)

Assalamualaikum...

Hari nih suram sunyi jer kat ofis sebab ramai bebudak ofis aku cuti.
Ada yang buat kenduri kahwin esok, so mana yang rapat tuh diaorang amik cuti dan datang kundangan kat Penang.

Penang tu bai, best tuh...
Cakap pasal penang, sejak aku kahwin rasanya 3x jer kot aku gi Penang.

Best nyer kat Penang nih sebab ada pelbagai gaya makanan.
Sedap-sedap tapi hati-hati, ada yang mahal sangat, ada yang mahal dan ada yang murah.

nanti aku cerita pasal aku bercuti kat Penang eh.


Seksi kan? jangan jeles walau seksi badan mengembang bagai johan so dah tak seksi sangat pun :P

Thursday 24 January 2013

Cercuba insta edit yo!






Jangan marah eh, sesaja jer nak coba-coba


meh main-main edit gambo yo!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 22 January 2013

Raya 2012



My Big Family...

Manisssss :)

Raya 2012 :)



Inilah kekuatan kamiiiiii :)
Love forever

Kena pantang okeh :p

Assalamualaikum....

Hari nih memang kena pantang... Hah apa pantang?
Tiba-tiba jer kena berpantang kan aku nih??

Tapi tadi waktu lunch aku dah makan sambal udang petai, ikan goreng dengan bayam rebus. Itu pun aku masak-masak pepagi subuh. Faham-faham jer lah keadaan ekonomi aku sekarang nih merundum.

Tapi tak per kuatkan semangat untuk bina mahligai sendiri.

Till then, kita jumpa lagi eh.

Speechless :(

Assalamualaikum...

Tak tahu nak cakap sedih atau pun tidak.
Al kisah semalam, aku mmg datang haid sabtu lepas, tapi ahad yang lepas aku merana sakit perut...

Dah lah merajuk dengan laling, dah tu pulak ahad lepas memang aku tinggal sensorang dari tgh hari sampai la ke petang...
Rutin hujung minggu, aku memang nak ke pasar Meru dah lama, sebab boring asik balik rumah takder benda nak buat. Kot kalo aku masak seronok jugak, ada jugak barangan dapur aku tuh terusik, kalo tak confirm lah berhabuk... hassssiiiiiiihhhhhhhh

Okeh pagi semalam aku gi pasar beli ikan plus sayur-sayuran, memang semalam aku pergi sensorang jer.
Lagi senang pergi sensorang, bila nak beli ikan apa kita beli jer, lepas tuh lagi cepat kot tak yah nak memilih sangat sebab ikan rasa semuanya sama, cuma nama lain-lain lepas tuh harga jer lain-lain.

Banyak jugak hasil 'tangkapan' aku kat pasar Meru tuh... Seronok rasanya dapat beli belah sensorang kat pasar, hahahaha (cerita macam aku pegi shopping complex ala-ala Setia city mall kan?)

Sampai rumah Laling dan Saidatul masih lagi lena di ulik mayang... hurmmmm

Aku operasi kan ikan-ikan aku on the spot tanpa melengahkan masa sebab takut nanti ikan busuk pulak kalo  ditinggalkan lama-lama. Masa tengah menyiang ikan tuh perut memang dah rasa sakit sangat aku rasa lemah jer, tak pernah lah rasa selemah macam yang aku rasa semalam.

Tapi selemah-lemah aku semalam dapat jugak aku masakkan lauk lemak ikan tenggiri, tapi hampeh takder sapa pun yang nak makan. Masa tu keadaan dalam rumah agak songsang lah. Mujur lah si bobot tuh Wan dia dah bawa balik malam sabtu lepas.

Mula-mula aku rasa sakit senggugut kuat, aku memang tak boleh nak berdiri dah masa tuh, memang pucat jugaklah aku masa tuh. Aku cuba bangun jugak sebab sayur tak setel lagi masuk dalam peti ais.Kejap duduk, kejap mengemas, itulah aku buat semalam untuk hilangkan rasa senggugut aku semalam.

Then aku rasa memang tak sedap badan. Aku rasa nak mandi,aku agak masa tuh dalam pkl 300 petang lah kan. Lepas mandi aku ingat nak setelkan baju kat ampian, tapi elok jer aku berjalan kat ampaian, aku terasa sakit rahim sesakit aku nak bersalin. Aku terus patah balik masuk rumah even aku rasa aku tak boleh nak berjalan pun. Masuk jer rumah aku terus terbaring. Seperti yang aku bagitau mula-mula tuh, Laling memang takder kat rumah, dia awal-awal dah ajak Saidatul cari kolam mandi kat Giant kalo tak ke Giant mesti ke Tesco.

Elok jer aku baring aku cuba buat senaman ringan, kot-kot lah aku rasa selesa kan nanti lepas bangun. Tapi masih sakit, aku agak sakit nyer dlm lebih kurang 1/2 jam jugak lah. Aku tak tahan asik berbaing jer, aku pun ingat nak kedapur sebab tak habis kemas, Elok jer aku bangun... GLUUUPPPP.... aku terasa sesuatu benda terkeluar dari bawah.

Aku teragak nak tengok, Subhanallah - aku dpt rasakan Janin jatuh dari rahim aku... :(

Tapi aku cuma nak katakan semuanyer ada lah pengalaman pertama buat aku, aku memang tak percaya benda nih jadi pada aku...


Tuesday 15 January 2013

TGIF YO!

Assalamualaikum!

Korang selalu makan kat THANKS GOD IT'S FRIDAY? (TGIF Setia Mall)


Ni bulan puasa yang lepas, masa tu sofea belum lagi umur setahun. Mem and the geng rancang-rancang nak pegi makan berbuka untuk ladies jer :)

Mem sebagai ketua rombonga cik merancang nak bawa bebudak, penyeri majlis lah katakan.
Lagipun anak2 mem mmg disukai orang ramai sebab diam jer tak banyak ragam....

Aku tak tipu eh, tapi ini semua kenyataan :p

Mula-mula tuh rasa was-was nak berbuka kat TGIF sebab mem ada seorang kawan yang tak berapa nak selera makan kat situ. Tapi dipujuk rayu oleh geng, cair jugak akhirnya.


Kitaorang pergi bereempat, seronok jugak nak jenjalan dengan kaum ibu jer.
Tak banyak karenah bila nak shopping, bila ada jer yang berminat masing-masing pakat nak ambil sesama.




Ni la sofea yang baru dalam 5 bulan kot, tak ingat dah. Sofea ni memang kegemaran orang ramai, sebab dia memang tak banyak karenah, nak-nak pulak tangan nyer yang berlipa-lipat tuh, muka boolat bagai dikata...
Sofea nih jugak kegemaran auntie Lia - tu yang korang nampak kena dukung tuh, itulah Cik Lia.



Yang puteri nih pulak kegemaran auntie June. Cik June mmg suka sangat nak berdamping dengan Saidatul. Time-time nihlah Saidatul tuh banyak soalan pelik-pelik yang ditanya.... Sampai kengkadang Cik June tak boleh nak jawab dah soalan puteri sulong aku nih.
Yang sorang lagi tuh auntie Effa, anak dua jugak tpi sebab dia nak bujang-bujang dia malas nak bawa kids dia hehehehe


Cik June memang bergaya :p



Hah, baru nampak tuan punya blog. blueeeekkkkk 
*muntah tgk badan kembang aku, hehehehe

Ni antara makanan yang kitaorang order, mmg macam-macam, sedap pun sedap, tp tak larat nak makan habis sebab TGIF serve dgn big portion, habis satu-satu pinggan mem hentam, sampai ayam sendiri mem tak termakan. Tp sadis la, sebab ingat nak bawa balik, rupa-rupanya ayam mem dah kena buang, tak hangin ker?
Baru dapat makan sikit, rasanya separuh pun belum, tp manager tuh janji kalo mem datang lagi confirm boleh dapat makan freeeee punyerrrrr



mushroom soup - terbaikkkkk



Spagetti utk saidatul - Cik June ckp memang sedap dia sukaaaaaaa :)



Ni pasta yang tak berapa ingat namanyer - yang ni cik lia yag order


Yang nih mem punya, tapi sayang dapat makan sikit jer, makanan mmg sedapppp


Last but not list, yang nih Cik Effa yang order, tp banyak2 makanan, rasanya yang nih paling sedap kot.

Itu jer lah kat TGIF bersama 4 isteri orang :P

Lepas melantak kami gi soping-soping, lepas tuh balik, penatttttttttttttt!

Saturday 12 January 2013

Sofea Areena 1st YO birthday party :)

Assalamualaikum!





Jangan terkejut pulak dengan gambo si Laling tuh.....
dia kalo camhore dah memang macam tuh gaya nyer. Tak pernah serius T - T



Last 5/1/2013 hari tuh, birthday Sofea Areena.
Sekejap jer rasa nyer masa berlalu
bak kata omputih 

"HOW TIME FLIES"
*menangis sedih sebab anak semakin membesar.


Aku tak planning nak buat birthday party untuk sofea, cuma Laling jer yang sibuk-sibuk suruh buat.
Mana tak gaya nyer....

Pagi - Kerja sampai pkl 1
Petang - Ada kenduri Cukur Jambur kawan Laling kat area rumah MIL
Malam - Birthday party Sofea?! 

Hah giler ko mem, tak penat ker?

Ok tak moh cerita panjang.... meh kita nengok gamo-gambo birthday party sofea nih










kek memang tak sempat nak beli, beli yang ada jer kat Fruity - sedap jugeeeeee 































 Kesukaan Soea, kalo nampak jer PAPA mesti minta dukung dan lupakan yang lain 










Team bbq - daging ko bakar memang sedap nyah!



Makanan yang dihidangkan :) 

Atuk Sofea 



Kesayangan Sofea - Wan 


Ok adios!


Introducing the member of my family













Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat
Dunia dan akhirat.

Ayah - Laling
Ibu - Mem 
Arissa 
Sofea



PENGUMUMAN IBU-IBU BAPAK-BAPAK!





PERHATIAN!

link blog saya dah ditukar kepada memdaisysiti.blogspot.com



ingat!







Kalumpang, syoookkk!

Assalamualaikum,

Meh sini nak share gambo-gambo pergi mandi manda kat Sungai Kalumpang, Kuala Kubu Bharu
Kalo nak bagitau area kat mana tuh, memang tak dapek lah den nak nolong.
Pasal nyer den memang tak gheti lah nak tunjuk-tunjuk jalan kat orang nih, cuma den tau bawa org kat tompek den pernah poieeeeee buleh lah.....

Haaaaaaa, tapi masa nih den nak bagitau, den mangandungkan anak den yang keduo- Sofea Afreena

*dasar zaman tok kaduk kan aku bercerita...tapi tak per at least kepada sesiapa membaca blog aku nih dapat lah tau apa aktiviti aku sepanjang kehidupan ku :p

Kepala rombongan masa nih dah tentulah suami ku... tiba-tiba dia yang kepingin nak ajak pegi mandi manda kat sungai, kalau tak silap masa sampai jer kat Kalumpang dah dekat pukul empat.

Owh lupa pulak aku masa nih,  sedara aku datang dari Tanjung Malim, sebab tu hubby saja nak bawa diaorang jenjalan

Mukadimah gambar  haruslah korang tengok muka tuan punya blog yang tak semenggah nih, haishhhhhh :p

Aku dengan perut boyot pun kena siapkan makanan, kot-kot bebudak nih lapar lepas mandi.
Menu nyer simple jer, cuma lauk sardin, jempot-semput, dengan nasi putihhhhhh...

Nampak simple jer kan, tapi licin kauuuu, lupa pulak nak snap gambo lauk pauk aku bawa sampai licin....



Ni lah kasih sayang seorang mommy dan anak nyer...kemana saja mommy dia ada mesti dia nak ikuuuuuuttttt 



dah habis kat mommy pegi pulak kat ayah dia... mujur lah ada yang nak menjaga si tecik nih, kalo dia nak ngadap aku jer mmg tak larat lah



tengok tu, tak sempat nak shampoo kat rumah, kat sungai nih pun boleh , bershampoo siap pakai pelampung lagi....kau ado?



ok dah siap mandi.... mengantuk pulakkkk dahhhh haishhhh!


Balik dari sungai Kalumpang, kitaorang singgah pulak makan durian, memang enaklah, sedappppp!
Aku yang mengandung nih pun sodok juga beberapa ulas durian. tapi seriuosly memang terbaik lah durian nih, cuma mahal lah....



Ratu ker model ker aku pun tak tau - kerja org ni  melantak jer...



Hah, korang ingat lepas makan durian kitaorang balik???? Oh tidak kami masih ada lagi jalan lurus yang kami nak lalui (lurus sangaaaaaaaat!), Cer teka kitaorang gi mana???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jalan-jalan Tanjung Malim? oh tidak - jawapan salah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hurmmm - singgah uptown? lagilah salahhhhh!
Teka lagi...teka lagiiii
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
okeh dah penat taip bintang tuh....
Kami gi MELANTAK LAGI, hahahahahaha

Destinasi kami ialah : SATAY KAJANG HAJI SAMURI 



*google picture
















Habis makan kami balik, pennnnaaaaaaaaaatttttttt!


*ni ada makumat sikit pasal Kalumpang, kalo korang nak gi boleh guna GPRS kat bawah: