Pages

Thursday 21 February 2013

Dahlia Ria Corner - Asam Pedas Batu Berendam, Melaka

Assalamualaikum,

Last cuti CNY, kami buat kerja gila sikit :p
Kami bercadang nak stay kat rumah mak kat Shah Alam hari Sabtu malam Ahad. Lagipun kami sekeluarga memang tak der buat apa pun.

Masing-masing tengah 'kering' huhuhu. Nak plan berjalan outstation pun tak best sangat sebab last minit outing memang apa pun tak dapat.

Ahad tuh memang aktivit macam biasa jer kat rumah mak, tapi ada jugaklah mak sebut-sebut nak jalan sana jalan sini, hurmmmmm minta maaflah kat mak banyak-banyak sebab tak dapat nak memenuhi hajat mak waktu tuh. (mood - sedey :p)

Nama pun hari cuti, Laling bangun lambat, tapi bila dia dah bangun tetiba terkeluar dari mulut Laling:

Laling: "mak nak pergi Melaka tak? Makan asam pedas nak tak?"

Mak & Mem: "Hah!"
Aku dah tentu-tentulah buat-buat terkejut beruk, padahal hati girang gumbira

Laling: "Jom lah mak, kita pergi makan jer, lepas tuh kita balik"

Hah kan dah cakap memang kerja gila, laki aku nih buat. Tapi aku memang tak cakap banyak turut kan ajer perintah Laling, hehehehe

Kami bertolak dari Shah Alam pkl 8.00 mlm, - memang lambat kami keluar rumah sebab nak menunggu adik-adik manje balik dari window shopping & watching movie kat MV Megamall.
Kami planed makan asam pedas jer, sebab kalau nak makan ikan bakar confirm penuh. Lagipun kami nak pergi dan balik - eceh dah mcm touch n go pulak.

Kami sampai kat Melaka dlm pkl 10.30 p.m., kali nih kami tak pergi kat Pokok Besar tuh, kami cari kat tempat lain - Batu Berendam, Melaka. Ramai jugak yang ckp asam pedas kat sana sedap dan murah, kalo korang nak pergi, lokasi nyer betul2 bersebelahan dengan Pasar Borong Hang Tuah, Melaka.

Hampir kesemua gerai makan kat situ jual asam pedas - main course. Menu sampingan macam roti canai, roti boom, roti telur dan mcm jenis roti tebar dan tak lupa juge otak-otak. So, oleh kerana 1st time pergi, kami makan kat gerai paling hujung sekali - Dahlia Ria Corner.

  

Mereka serve by set - 1 set asam pedas lebih kurang RM7-8, boleh tahan lah tak der lah mahal sangat. Melaka memang lah terkenal dengan masakan asam pedas kan, so tak dinafikan asam pedas kat situ memang sedap jugak.

Asam pedas ikan pari - yang nih Laling yang order:


Asam pedas ikan kembung dan telur ikan- yang nih Ocu nina dengan Mak yang order. Yang telur ikan tu opkos lah mak yang order, Ocu nina agak geli nak makan katanya.:


Mommy ain dan acik mak lang - Pak Lang on the way dari Batu Pahat ke Melaka, semata-mata nak jumpa kami, terutama wifey nyer lah - acik mak lang. Lebih kurang pukul 11.30 p.m. Pak Lang pun sampai. Gambo tak sempat nak amik.:


Ni Ocu nina dengan mak, o0o0o0opppss mak awat muka mcm tuh, sedap sangat agaknya :)
Mangkuk paling kanan tuh asam pedas daging tetel, tak berapa in sebab daging dia potong ketul besar:


Sikakak yang manjeeeee selalu, tengok nuka dia tuh, tau nak moody jer kalau berjalan:


Ayah (Laling) dan adik. Adik agak agresif malam tuh, asik nak mengusik orang jer, lepas tuh tak nak di pegang:


Habis jer makan lepak-lepak Lagi Laling nak buat kerja gila nak chek-in kat Chorus Hotel tgh pagi buta Hahahahaha, aku seperti biasa, angguk jer hehehehe. Tapi Ocu nina berkeras jugak nak balik Shah Alam, sebab esoknyer dia nak balik ke Seri Iskandar, Perak pulak.

Sampai Shah Alam dalam pukul 4.00 pagi, aku balik terus pengsan tido! ZzZzZzzzzzzzzzzzzzz

2 comments:

  1. uh....memang kerja giler....mesti letih si driver kan....org lain syok ar tido....dia kene drive di tgh mlm

    ReplyDelete
  2. Atia Adina begitulah kisahnyer, kami ikut ajer sebab nak berjalan, tp Laling ku tetap gagah membawa kereta huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab comments kat Blog Cik Itie :)