Pages

Thursday 28 March 2013

Jual Spagetti

Assalamualaikum,

Eh! Aku tersenyap pulak kan minggu nih??

Hari-hari terfikir macam mana nak tambah pendapatan aku sekarang nih :)
Alhamdulillah terbuka fikiran nak jual Spagetti pada kawan-kawan ofis. Mula-mula tuh takut jugak orang tak terima. Sibuklah aku survey pergi tanya-tanya orang ofis kalau-kalau diaorang nak merasa spagetti aku.

Tup tup ada yang nak order, tapi aku memang buat untuk sarapan pagi. Kerlassss kau siti, sarapan makan spagetti siap ada meatball lagi tuuuuuu!

Malam tadi balik jer dari kerja aku singgah rumah MIL, then terus gi Tesco nak beli barang-barang untuk buat Spagetti meatball.

Ye, aku memang pakar buat Spagetti sampai kan aku dah ada peminat spagetti aku tau. Best tak best tak??
Hehehe, aku tak tipu yer, dari zaman sekolah lagi kawan sekolah aku memang minat Spagetti yang aku masak. Pernah lah ada yang order untuk buat Open hause kat rumah dia.

Oleh kerana terterbit jer idea aku nak masak untuk sarapan pagi, jadi aku akan tukar-tukar menu sarapan setiap hari untuk jual kat office. Maknanya weekdays aku wajib tido awal bangun awal. Tapi aku tak lah ambil order setiap hari, aku nak selang-selang dulu, kalau ok jer aku akan buat hari-hari - memang superwoman lah kalau aku ambil order hari-hari kan?

Mudah-mudahan semuanya akan berjaya!


Tuesday 19 March 2013

Perangai Kakak lately nih

Assalamualaikum...

Si Kakak nih sekarang tak boleh nak berenggang dengan ibu. Dulu-dulu kalau umur dia baru setahun macam tu, dia tak kan kesahkan nyer ibu dia, asik-asik mommy, asik-asik mommy. Kadang-kadang tuh bila dah jumpa mommy, semua benda dia akan panggil mommy dia buatkan untuk dia.

Kadang-kadang tuh terkeluar lah dari mulut aku nih -

'Saidatul, ini ibu lah yang bersalin kan kau'

tapi aku tak lah bersedih mana pun bila ayat tuh terkeluar dari mulut aku, setakat bergurau jer, yelah kengkadang ada rasa jeles pulak tengok keakraban dia dengan adik aku. Tapi aku tak kisah sebab bukan sesiapa pun, adik aku juga kan.

Tapi lately nih dia tak nak sesiapa melainkan ibu dia. Mandi - nak ibu mandikan, tido nak ibu tepukkan - tapi kadang-kadang dia mesti nak baring sebelah ibu. Dalam kereta nak duduk sama-sama dengan ibu. Bila nak makan tuh memang dia kureng sikit, sebab dia nih tak kuat makan.

Agaknya dia cemburu kot bila dia nampak ibu dia bergurau-gurau dengan adik. 

Kesahnyer semalam, aku melawat acik mak lang kat PPUM. Acik kena tahan wad sebab baby dia songsang dan kurang gerak. Tapi alhamdulillah semuanya baik-baik saja, mungkin esok dia akan keluar dari hospital.
Masa nak pergi melawat tuh, Pak Long yang ambil kitaorang dari rumah. Bila nak naik kereta, kakak tak habis-habis tanya: 

'ibu naik sekali tau, ibu... ibu naik sekali tau'

'yer ibu tau lah, memang ibu ikut sekali'

'ibu cepatlah naik kete pak long... ibu naik sekali tau... ibu cepat lahhhhh'

Kalau lah aku hilang sabar masa tuh, memang kena piannnng jer, huhuhu - yer aku agak garang sikit dengan anak-anak, tapi tak segarang singa betina yer.

Itu masa nak pergi, bila balik pulak, kami berpisah dua kereta. Masa kat lobi hospital dia dok ralit tengok ambulans, sampai tak perasan ibu dia dah ikut mak long, yang si kakak terikut pak long, sebab pak long nak bawa balik kereta acik. Tiba-tiba kat tangga pak long cakap dia cari ibu dia:

'ibu cepatlah, ibu ni lambat lah' - sebab dia dah tak nampak ibu dia masa nih

'ibu mana ada, ibu ikut mak long' - wan 

'IBUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU'

Hahhh! habis kau! Satu PPUM tuh dia jerit panggil aku. Itulah kan ragam anak-anak, ada masa dia ok ada masa dia tak ok.
Ada hikmah nya bila perangai dia lain sikit sekarang nih :)

Ibu love you forever ever :)

Thursday 14 March 2013

Rock Ooo: Rimba Bara Kembali

Assalamualaikum...

Yang membaca nih, dah tengok filem Rock Ooo?? Serius cakap cerita nih buat aku gelak sampai nak pecah perut tau!

Aku memang tertunggu-tunggu cerita ni keluar. Tak sabar kan?? Memang minat sangat, sebab cerita nih mengisahkan kumpulan rock yang berdikari nak jadi artis rock sejati zaman 80-an.
Serius gelak tak habis. Lepas tengok film nih, mesti teringat-ingat. Sampaikan nak pakai seluar pun boleh tergelak ingatkan cerita Rock Ooo. Laling siap tanya:

 'apsal tetiba ayang gelak nih?'

'hehehe, ayang teringat kat cerita Rock Ooo tu, yang masa dia nyanyi lagu sweet charity tuh'

Hah tengok?? gilerkan??

Filem lakonan Que Haidar, Khir Rahman, Pekir Ibrahim dan Soi Jikan. Diaorang memang mantap lah dalam lakonan, mantap dari segi menggelakkan para penonton... kan kan kan kan - trademark Khir Rahman dalam lakonan nih.



Tengok aja lah gambar poster tu, tengok gambar jer dah macam nak tergelak, ni kan pulak nak tengok ceritanya nanti.

Antara aksi yang memang kelakar, masa mereka konon-konon buat video klip dalam taman tasik:

gambar: google

Sinopsis: Amy Mat Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip 'pantang anak petani moden mengaku kalah' berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai, Rimba Bara dan dia telah berjaya memujuk Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black). Pelabagai rintangan yang harus dihadapi mereka apabila mereka mengambil langkah besar ke kotaraya Kuala Lumpur demi memartabatkan kembali kumpulan Rimba Bara

gambar: google
Sebelum kita tengok cerita Rock oo! jom kita bergambar :) Rasa macam comel jer tengok gambar family aku nih, sweet- sweet jer tengok :p :



Eh lupa, masa nih aku bukan pergi one family jer, ada lagi dua (2) family join tengok movie nih. Cik June dan Cik Zimah, hehehe :



Okeh tuan punya blog pun nak posing-posing. Malam tuh hanya berturban dengan khaki pant dan  sweater Puma:






Tuesday 12 March 2013

Pasar pagi - Meru

Assalamualaikum....

Dah dua (2) hari sibuk jer memanjang.
Tapi hari nih, aku berjaya bangun pagi sebelum subuh lagi tau! Aku kejutkan Laling ajak pergi pasar.

Budak tecik yang dua orang tu pun aku hangkut sekali. Kesian kan? tapi lagi kesian kalau ditinggalkan kat rumah. Lagi pun yang pergi membeli aku sorang. Laling tolong tengokkan bebudak dalam kereta.

Terima Kasih Laling :) Jasa mu dikenang :)

Malam ni nak masak Lala pedas, siapa nak rasa masakan aku jemputlah ke rumah yer :)

Jom kita!

Saturday 9 March 2013

BOWLING TIME!

Assalamualaikum...

Last week kami ada gathering bersama kawan-kawan. Kami decide nak pi main bowling.
Dapat berkumpul empat (4) keluarga termasuk keluarga aku.
Tapi masa bowling aku memang tak bawa Sofea cuma bawa Kakak jer, nanti kesian kat dia asik nak pi lane bowling. Tak pasal-pasal dengan dia-dia sekali masuk jatuhkan pin bowling, Hahahahaha

Seronok berkumpul, dapat lah tangkap-tangkap gambar. Mula-mula kami tangkap gambar si isteri2:


Comel jer mak buyung yang kiri sekali tuh cik zimah, bulan empat (4) ni shaa Allah :) bakal melahirkan baby dia, aku agak baby girl kot. Lepas tu sang suami pulak bergambar:


Laling kalo bergambar pose macam model tak berbayar kan?? ish tak suka okeh :p

Ha lepas tuh tau tau lah kalau dah bawa anak-anak, sampai bola bowling yang berat tuh pun diaorang sibuk nak mengangkat, ingat bola sepak ker nak oiiiii!
Kalo bola sepak isi nyer angin, ni bola bowling, entah apa isi nyer sampai berat mcm tuh kan??



Main bowling sampai kuku aku rosak, tapi sangat puas hati mungkin sebab 2x strike kot! woot woot!

Kalo nak diikutkan mcm malas nak main sebab tak berapa nak pandai, tapi oleh kerana ada coach kat situ (mak buyung), so dari tak pandai terus jadi pandai, huhuhuhu



Ada gaya pemain bowling negara tak? angguk kepala, angguk kepala :p



Habis game, kami gi makan. Semua nak pi makan nasi ayam penyet kat Wong Solo. Memang terbaik kot nasi ayam kat sana. Si kakak makan sampai habis ko!



Feveret aku kat Wong Solo tuh, set nasi ayam penyet bakar dengan terung berlada. Uisshhhhh masyuuuukkk kau bila makan benda tuh! Sambalnyer pun terangkat lah!

Kat sana memang ramai orang, sampaikan kami kena tunggu turn orang habis makan kat sebelah meja lagi.
Kalo korang nak cuba, lokasi nyer kat Seksyen 7, Shah Alam. Korang boleh lalu ikut traffic light pintu belakang Uitm Shah Alam.

Okeh itu jer nak kongsi2 untuk hari nih. Ikutkan banyak gambar tapi macam korang tak larat pulak nak tengok nanti kan??

Ok daaaaaaaaaaaaaaaa :)

Friday 8 March 2013

Anniversary Celebration - 4 years

Assalamualaikum...

Seronok rasanya malam tadi meraikan ulangtahun perkahwinan aku.
Ada gambar-gambar menarik nak di kongsi dengan korang yang membaca :)

Aku tak lah nak pakai baju yang special tapi cukuplah yang kemas dan cantik. Begitu juga Laling sama jugak macam aku :)

Mulanya nak buat surprise kat Laling, sebab aku siap tempah kek love shape tau! Gatal kan??
Apa salah nya sekali setahun meraikan mestilah nak lain dari lain. Tapi aku sendiri rasa gedik jugak aku sebab nak tempah kek bagai, huhuhu.... tapi ada aku kesah?? At last, ambil kek dengan Laling sekali aku hangkut. Kantoi sudah!

Hasil kautim dengan kak Aini, pembuat kek tegar aku, hehehehe, memang terbaikkkkkkk :) Aku suka! Kalau korang ada special day then nak tempah kek kat dia pun boleh, pasti puas hati. Bajet aku mula-mula RM50 jer, dah bagitau dia nak simple-simple jer, tak payah besar-besar sangat tapi nah kau amik nih kek love shape siap ada patung bridal ala-ala japanese lagi kau! Macam ni aku nak bayar RM50? tak sanggup okeh! Terus bagi kat dia lebih sikit.

Inilah kek perkahwinan ku kali kedua, comel tak?? comel kan kan?? Siapa yang berminat boleh lah tgk FB dia nanti : Kak Aini Dalilati





Laling sangatlah teruja dengan hasil 'kejutan' aku nih kan. Aku cadang nak dinner kat rumah masak-memasak, tapi memandangkan barang dapur tak berapa nak ada, jadi aku ajak Laling makan kat luar. Bila tengah bersiap jer FIL call kata nak belanja makan sempena Hari Anniversary kami.

Laling kira orait jer, orang nak belanja oii sapa yang tak nak??

Kami sepakat nak ker Jeram lagi, sebab FIL cakap makanan kat sana pun ok then agak murah.
Bukan aku jer yang FIL & MIL ajak tau, SIL pun sekali jemput. Alamak! malu aku! :p Mana taknya mestilah acara potong kek kena ada kan??

Hehehehehehehe
Sebelum bertolak ke Jeram, aku ajak Laling bergambar, ala buat geli-geli, hehehehe. Boleh jugak jadi kenangan nanti :) Mengimbas kembali kenangan lama-lama dengan blog nih kan. Okeh masa kat rumah juruphoto haruslah si Kakak, puas lah mengajar cara-cara nak menangkap gambar guna henpon jer ponnnn.

Jadi ini lah hasilnya, umur 4 tahun pun yang menangkapnyer:



Gedik kan?? Ala sesaja nak bergambar ala-ala malam berinai apa lah salahnya kan kan kan??

Lepas tuh terus pergi Jeram, sampai jer makanan MIL dah order siap-siap. So tak sampai setengah jam makanan sampai, banyak jugak MIL order.
Habis makan, aku memang dah tak sabar nak potong kek lepas tuh posing-posing:



Paling gedik aku nak tunjuk nih:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Makan 'menghadap' hahahahahahahhaha - siap silang tangan kau!



Cibuk jer bam bam ibu tuhhhhh, dia pun nak pose jugak kan....

Anniversary ku yang ke-4

Assalamualaikum...

Semalam hari bersejarah buat aku dan juga Laling. Aku menanti-nantikan tarikh keramat kami berdua 7 March.

Tarikh tu merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan kami, kami dinikahkan masa 7/3/2009. Masuk tahun ni jer, aku dah empat (4) tahun bergelar isteri kepada Laling.
Terima kasih Laling, selama empat tahun nih dia bersabar jer dengan karenah aku. Kami bertungkus lumus untuk mengumpul harta kami, walau tak sebanyak mana tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.

Walau apa pun terjadi, aku berharap Laling akan tetap mengharunginyer bersama. Lumrah kehidupan, kita impikan kebahagian didunia tapi sebelum kita nak kecapi kebahagian pastinya akan ada rintangan antara kita suami isteri. Yang penting kita sebagai suami isteri haruslah pasrah dan redha dalam menentukan sesuatu keputusan.

Aku yakin yang Laling seorang penyayang dan ambil berat dalam hal keluarga. Dia dah dijodohkan untuk aku, aku wajib menjaga jodoh aku sehingga ke akhir hayat. Itu amanat buat ku!



Tuesday 5 March 2013

LAHAD DATU DALAM SEJARAH

Assalamualaikum...

Sememangnya kita digemparkan dengan hal pencerobohan Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Sehingga ke hari ini kes pencerobohan sampai ke Samporna. Lagi sedih 6 anggota komander Polis terbunuh.


sumber: google image
 Laling sempat ziarah jenazah arwah Mohd Azrul Bin Tukiran, beliau menetap di Rantau Panjang, Klang berdekatan dengan rumah kami.

Marilah kita doakan yang terbaik untuk pasukan tentera kita pada hari ini. Andaian aku sendiri agar generasi ke-2 ni dapat iktibar dari apa yang terjadi.

Al-Fatihah untuk pejuang negara.

Friday 1 March 2013

CATHAY BAR

Assalamualaikum...

Masa menaip nih dah nak dekat lunch hour. Bila cakap pasal lunch time, teringat last Tuesday aku pergi makan kat sebuah kopitiam old season. Memang lama sangat lah I tell U.

Mula-mula aku tak tau pulak ada kedai kopitiam lama kat pekan Port Klang tuh. Tapi kebanyakan kedai makanan pun memang dah lama bertapak kat pekan tuh.

Kawan ofis aku memang gemar pergi kopitiam tuh. Nama kedai kopitiam tuh 'CATHAY BAR'.

Korang tengok jer lah menu makanan yang tersangkut tuh, dah bukan old season ker? Betul tak aku cakap? :


Hargo pun not bad,one set beef stik dgn air cuma RM9.50 kot. Aku order beef stik, memang terbaik, daging nyer pun lembut jer. tak keras, sosnyer pulak tak pedas tapi memang sedap dimakan. Nak dikatakan memang ada selera nyer yang tersendiri lah kalo makan beef stik nih:




Tang minum pulak, aku macam malas nak minum manis-manis sangat hari tuh, perut pulak tak sedap, jadi aku cuma order air sirap jer - memang kurang manis. Dalam gambo tuh aku berkenan tang ais jer. Sebab aku rasa dah tak banyak kedai guna ais ketuk mcm tuh, memang sangat lama kan?



Nak dikatakan semua makanan yang dijual kat sana agak sedap, taste dia tak terlalu heavy, memag sesedap rasa bila korang makan tau!

Sementara menunggu makanan yang diorder sampai, aku sempatlah nak menangkap gambar suasana kopitiam tuh:








Last sekali gambo penggemar beef stik, sekali tiga order yang sama: