Pages

Thursday 28 March 2013

Jual Spagetti

Assalamualaikum,

Eh! Aku tersenyap pulak kan minggu nih??

Hari-hari terfikir macam mana nak tambah pendapatan aku sekarang nih :)
Alhamdulillah terbuka fikiran nak jual Spagetti pada kawan-kawan ofis. Mula-mula tuh takut jugak orang tak terima. Sibuklah aku survey pergi tanya-tanya orang ofis kalau-kalau diaorang nak merasa spagetti aku.

Tup tup ada yang nak order, tapi aku memang buat untuk sarapan pagi. Kerlassss kau siti, sarapan makan spagetti siap ada meatball lagi tuuuuuu!

Malam tadi balik jer dari kerja aku singgah rumah MIL, then terus gi Tesco nak beli barang-barang untuk buat Spagetti meatball.

Ye, aku memang pakar buat Spagetti sampai kan aku dah ada peminat spagetti aku tau. Best tak best tak??
Hehehe, aku tak tipu yer, dari zaman sekolah lagi kawan sekolah aku memang minat Spagetti yang aku masak. Pernah lah ada yang order untuk buat Open hause kat rumah dia.

Oleh kerana terterbit jer idea aku nak masak untuk sarapan pagi, jadi aku akan tukar-tukar menu sarapan setiap hari untuk jual kat office. Maknanya weekdays aku wajib tido awal bangun awal. Tapi aku tak lah ambil order setiap hari, aku nak selang-selang dulu, kalau ok jer aku akan buat hari-hari - memang superwoman lah kalau aku ambil order hari-hari kan?

Mudah-mudahan semuanya akan berjaya!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab comments kat Blog Cik Itie :)