Pages

Friday 8 March 2013

Anniversary Celebration - 4 years

Assalamualaikum...

Seronok rasanya malam tadi meraikan ulangtahun perkahwinan aku.
Ada gambar-gambar menarik nak di kongsi dengan korang yang membaca :)

Aku tak lah nak pakai baju yang special tapi cukuplah yang kemas dan cantik. Begitu juga Laling sama jugak macam aku :)

Mulanya nak buat surprise kat Laling, sebab aku siap tempah kek love shape tau! Gatal kan??
Apa salah nya sekali setahun meraikan mestilah nak lain dari lain. Tapi aku sendiri rasa gedik jugak aku sebab nak tempah kek bagai, huhuhu.... tapi ada aku kesah?? At last, ambil kek dengan Laling sekali aku hangkut. Kantoi sudah!

Hasil kautim dengan kak Aini, pembuat kek tegar aku, hehehehe, memang terbaikkkkkkk :) Aku suka! Kalau korang ada special day then nak tempah kek kat dia pun boleh, pasti puas hati. Bajet aku mula-mula RM50 jer, dah bagitau dia nak simple-simple jer, tak payah besar-besar sangat tapi nah kau amik nih kek love shape siap ada patung bridal ala-ala japanese lagi kau! Macam ni aku nak bayar RM50? tak sanggup okeh! Terus bagi kat dia lebih sikit.

Inilah kek perkahwinan ku kali kedua, comel tak?? comel kan kan?? Siapa yang berminat boleh lah tgk FB dia nanti : Kak Aini Dalilati





Laling sangatlah teruja dengan hasil 'kejutan' aku nih kan. Aku cadang nak dinner kat rumah masak-memasak, tapi memandangkan barang dapur tak berapa nak ada, jadi aku ajak Laling makan kat luar. Bila tengah bersiap jer FIL call kata nak belanja makan sempena Hari Anniversary kami.

Laling kira orait jer, orang nak belanja oii sapa yang tak nak??

Kami sepakat nak ker Jeram lagi, sebab FIL cakap makanan kat sana pun ok then agak murah.
Bukan aku jer yang FIL & MIL ajak tau, SIL pun sekali jemput. Alamak! malu aku! :p Mana taknya mestilah acara potong kek kena ada kan??

Hehehehehehehe
Sebelum bertolak ke Jeram, aku ajak Laling bergambar, ala buat geli-geli, hehehehe. Boleh jugak jadi kenangan nanti :) Mengimbas kembali kenangan lama-lama dengan blog nih kan. Okeh masa kat rumah juruphoto haruslah si Kakak, puas lah mengajar cara-cara nak menangkap gambar guna henpon jer ponnnn.

Jadi ini lah hasilnya, umur 4 tahun pun yang menangkapnyer:



Gedik kan?? Ala sesaja nak bergambar ala-ala malam berinai apa lah salahnya kan kan kan??

Lepas tuh terus pergi Jeram, sampai jer makanan MIL dah order siap-siap. So tak sampai setengah jam makanan sampai, banyak jugak MIL order.
Habis makan, aku memang dah tak sabar nak potong kek lepas tuh posing-posing:



Paling gedik aku nak tunjuk nih:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Makan 'menghadap' hahahahahahahhaha - siap silang tangan kau!



Cibuk jer bam bam ibu tuhhhhh, dia pun nak pose jugak kan....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab comments kat Blog Cik Itie :)