Pages

Tuesday 23 July 2013

Aku merinduimu!

Assalamualaikum....

Terasa rinduuuuuuuuu aku kat korang (bagi yg membaca blog aku jer lah)
Sekarang nih dah aku makin hari makin sarat, makin malas - boleh ker?

Hehehehe, last update kan dah ku beritahu yang aku pregnant :) Syukur alhamdulillah rezeki dari Allah S.W.T.
Ada yang anggap aku gelojoh, Almaklum lah Sofea baru setahun 6 bulan dah nak dapat adik. Tapi aku ambil positif semua itu. Setiap perkara yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Yang penting kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan nikmat diberi oleh-Nya.

Tapi aku rasa dengan termengandungnya aku nih, rezeki kami sekeluarga bertambah-tambah - ini lagi buat aku bersyukur tak henti-henti.

Entry kali nih malas sikit nak upload gambo, aku nak bebel jer kat sini boleh tak kengkawan?
Lama dah tak ngomel-ngomel ngan korang.

Aku nak bagitau nih, sekarang nih aku dah jadi agent of Shaklee product. Aku buat secara kecil-kecilan dulu, tapi of course punya azam untuk meluaskan bisnes nih seluas-luasnya.
Jangan salah anggap sebab aku bagitau kat korang aku dah jadi agent Shaklee so korang kena beli product yang aku iklan kan. Oh Tidak!

Aku jual product nih untuk menolong orang. Tolong kawan-kawan selesaikan masalah yang diaorang hadapi. Antara masalah yang aku dah tolong selesaikan adalah dengan produk ESP Shaklee. Hurmm kalau nak cerita sekarang memang panjang ceritanya.

Ok forget it, nanti aku update tentang product Shaklee satu persatu, masa tuh korang nak muntah pun tak per. hahaha

Sekarang bulan puasa, buat pertama kalinya aku bersahur di rumah ku sendiri tapi tang berbuka puasa cuma sekali jer aku sekeluarga berbuka kat rumah ku sendiri. Sekarang zaman orang bekerja luar rumah, so masa si isteri En Shahidan agak suntuk untuk masak bila weekdays. Melainkan aku cuti masa weekdays sahaja.

Buat masa sekarang aku berbuka bergilir2 di rumah MIL dan rumah mak ku di Shah Alam. Tolong-tolong apa yang patut masa nak bebuka itu jer yang mampu aku buat.

Persiapan raya acane pulakkan? Sampai sekarang masih belum lagi nak membeli baju raya anak-anak. Minggu depan lah agaknya kot aku membeli belah tunggu lama-lama nanti kang tak terbeli kan kan kan?

Untuk korang yang dah bersiap tuh syukur Alhamdulillah. aku pun tumpang seronok :) Memang tak sabar nak beraya, tapi kali nih bila nak beraya aku kot paling pening sekali. Mana nak cari kuih raya, balang kuih raya (aik masuk sekali?), baju raya anak-anak, duit raya.... hai macam-macam lagiiiii.

Think positif mak itie! Takder benda yang tak mustahil dalam setiap perkara!

Ok dah habis nak ngomel lelama. Mood malas tengah datang. Next entry nak upload gambar apa yang patut hehehehe

Daaaaa wassalam.