Pages

Wednesday 27 February 2013

Rabu - Dengan kata-kata (27/2/2013)

Assalamualaikum...

Hari ini penat sungguh buat kerja, rasa macam nak letak tilam kat meja belakang nih lepas tuh baring sampai ke malam.

Macam-macam hal yang berlaku hari ini. Ex - colleague cancel lunch date, customer nak pakai lorry last minute, staff MC tak bagitau, container last minute nak request delivery - huh macam-macam lah.

Takper lah bila kita sibuk tuh baru lah kita tahu apa yang kita buat nanti kan?
Mudah-mudahan esok tak sesibuk macam hari nih.

Petang nih ingat nak masak ayam masak kicap Mesti sedaaaaaappppppp!
Okeh esok kita jumpa lagi eh.

Tuesday 26 February 2013

HAPPY BIRTHDAY MIL 24/2/2013

Assalamualaikum...

Aku nak mengucapkan Selamat Ulangtahun Hari Kelahiran mak mertua ku yang ke-55. Mudah-mudahan sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh-Nya.

Bersempena birthday MIL pada 24/2/2013 lepas, kami sepakat nak bawa mak makan-makan kat Jeram. Berdekatan dengan restoran Aroma Ikan Bakar yang glamour tuh.

Sampai sana, MIL order makanan banyak jugak. Tapi sampai pulak kami, Laling pulak nak tambah order.
Feveret aku all time mestilah BUTTER PRAWN.
Nak order udang petai tapi takder pulak. - ishhhhhh haku makan petai?


Antara makanan yang kami order : pepahat masak pedas, butter prawn, sotong goreng tepung, ikan kerapu masak tiga rasa :




Kalau dah makan seaood, mesti pekena ikan bakar kan? Jadi kami ambil ikan pari dan ikan kembung jer. : 



Keadaan sementara menunggu makanan siap :
*Abah excited nak cerita pasal roadblock malam tuh. Aku yang kecut perut sebab dengan selamba kami bawa kereta yang mati roadtax, Alhamdulillah lepas dari kena saman *peaceeee*




Camhore dengan Laling :
*Oittttt, ni kesah birthday MIL la mem, menyibuk jer gamboooo Mem & Laling nih.



Habis makan, acara meniup lilin dimulakan:
Jom nyanyi - Happy birthday to you.... Happy birthday to youuuuuu...Happy birthday to nenek, happy birthday to youuuuu.... Okeh mak tiup lilin dan pasang hajat :) :




Hahhhhhh, bila dah nama nak tiup lilin, bebudak mulalah nak menyentil sekali, dah macam kek tuh kami empat beradik yang punya...hahahahaha. Cer tengok tangan Sofea tuh pun nak sibuk sekali. :




Pasangan dua sejoli, Alhamdulillah masih berkekelan sehingga ke hari nih :) :



Yang nih pulak gabungan tiga suara - Tiga suara bukan yang macam shila + ning + jack tuh yer, nih tiga suara mak orang menjerit  bila anak-anak mula pedajal, haihhhhhhh :




Gambar seterusnya, enjoyyyyyyy :






Last but not list:
*suka tak tengok gambar saya? muntah sekaranggggggggggg!


Monday 25 February 2013

GOTONG ROYONG 24/2/2013

Assalamualaikum.

Selamat berkerja yer kawan-kawan. Hari ini aku nak share satu cerita pasal gotong-royong. Kalau bab gotong-royong nih teringat zaman sekolah dulu. Bila ada jer event gotong-royong, aku merangkap pembantu ketua kelas mesti kena aturkan tugas kat kawan-kawan.

Tapi itu semua duluuuuuuuu - dah menyanyi lah pulak kan aku nih.

Okeh Ahad lepas, maknanya hari semalam lah kan, perumahan rumah aku ada buat gotong-royong bersihkan kawasan taman perumahan. - Owh lupa sekarang aku tinggal kat Taman Hijrah 1,  Rantau Panjang Klang. *nanti aku cerita eh pasal rumah.
Aku suka tengok kesepakatan semangat rukun tetangga dikalangan jiran-jiran aku. Ada jer aktiviti nak dibuat untuk mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah :)

So, nak dijadikan cerita, Ahad lepas gotong-royong diadakan untuk golongan lelaki. Kaum Hawa dikehendaki menyediakan juadah. Dikira pot luck lah, jadi sesiapa jer kena bawa satu juadah. Semalam memang aku tak sediakan apa-apa juadah, sebab barang dapur dah licin habis. Jadi aku aku cuma buat minuman jer - Nescafe panas satu jag. Jadilah kan, agak-agak jenjiran yang haus tuh boleh lah sental aku punya air Nescafe kan? * Ker aku nih malas?



Aku cuma mengintai jer dari dalam rumah, lepas tuh snap picture berkenaan, nak keluar segan, sebab semuanyer orang lelaki.
Memandangkan rumah aku end lot, jadi kerja pembersihan dimulakan dari rumah aku dulu:




Segala penyedok, penyodok, penyapu ada depan rumah, tengah-tengah orang dok sibuk nak bergotong-royong, Sikakak stiba-tiba request nak mandi kolam, dah macam baywatch the kids hehehehehe :



Seronok tengok semangat Laling bergotong-royong, memang teruja :p :




Keadaan amat berpuas hati selepas gotong-royong dibuat, siap ada collector untuk tin-tin kosong, barangan lusuh, sebab nak dijual kat kedai beli barang lusuh, hasil dari jualan tuh, rukun tetangga akan simpan dalam tabung. kot-kot ada event lain ker nanti boleh guna pakai duit simpanan tuh nanti. :




Ni hasil aku kumpul tin susu Sofea, memang banyak, dapat lah satu plastik sampah besar untuk dijual:




Selepas longkang dibersihkan, air longkang dari hitam terus jadi jernih, takderlah nyamuk.:




Sambil menyelam sambil minum air, Laling amatlah suka bila tang basuh kereta Bila pam motor air tu ada kat tangan dia ginilah hasilnya:



Malu kat orannnnggg, hurmmmm, mujur takder yang bising-bising, asalkan Laling dah habis kerja dia buat lah kerja dia sendiri.

Ok sehingga ketemu lagi ya ibuuu bapak-bapakkkkkk :)



Saturday 23 February 2013

Sabtu 23/2/2013

Assalamualaikum...

Hari nih aku kerja half day. Tiap-tiap minggu kena kerja hari Sabtu sebab aku belum confirm permanent staff kat ofis baru lagi.
Hari Selasa yang lepas ada berita baik!
Aku dapat jadual 'SATURDAY OFF EFFECTIVE ON MARCH 2013" -- perggghhhhh nyaman jer rasanya.

Okeh memandangkan dah dapat jadual terus tak sabar nak tukar off day sabtu depan dengan pasangan aku, Cik Liza.
Memang best lah!

Minggu depan nak buat apa ya, kena planning nih, hehehehehe

Errrrmmmmm, boring lah.





Jom bertumbuk!



Friday 22 February 2013

Baby 2013 - 7/1/2013 - Zara Nur Raesya

Assalamualaikum...

Tahun nih Mem dapat baby baru dan juga bakal dapat baby baru :)
Terror tak? Setahun 2x.
hehehehehehe, last January dah dpt baby baru, SIL bersalin bulan yang sama dengan tarikh Sofea Afreena dilahirkan.



comel bangetttttt.....

okeh kita tunggu bulan empat pulak eh...Acik Mak Lang punya baby :) - dengar2 gegirl jugak :)

Steamboat (ala-ala Tupai-Tupai)

Assalamualaikum...

Kebiasaannya korang semua suka makan steambot kat mana ek?
Mak aku suka makan kat Tupai-tupai, dia kalo awal bulan jer mesti nak ajak ke sana. Tapi kami tak berapa nak suka sangat sebab mahal.

Ada jugaklah pernah buat makan-makan dengan member kat Flamingo, Bukit Kemuning. Hurmm boleh tahan jugaklah, tapi nak bagitau nih, jangan sesekali datang lambat, nanti habis bahan-bahan yang nak di stim. Last time pergi sana, berkonsepkan SELF SERVICE, tapi hampeh kalo ada makanan yang tertumpah, tak nampak pun pekerja dia bersihkan, memang kembang tekak jugaklah nak makan.

Tapi nak bagitau nih, isnin lepas Mak Long Kak Am teringin nak makan steambot:

Kak Am: "Ti aku terasa nak makan rebus-rebus"

Mem: "Gi lah makan kat Tupai-tupai atau Flamingo tu"
*serius bila sebut Flamingo jer kembang tekak - teringat makan hari tuh :p

Kak Am: " Ala Tupai-tupai tuh mahal la, sekarang nih tengah bulan, apa lah ko nih pepaham lah :p"

Mem: " hurmm kalo mcm tuh tak yah gi lah, jom dinner kat rumah Siti nak?"

Kak Am: "Hah ok gak, jom kita buat rebus-rebus jugak nak?

Hahhhhhh! maka terbitlah idea nak makan steambot buatan Mak Long Kak Am sendiri. huhuhu....
okeh Mak Long Kak Am, jom kita setting! 

Aku ditugaskan untuk buat kuah tomyam - kalo korang nak tau Laling memang suka sangat kalau aku masak Tomyam, dia akan ulang-ulang sampai dia cakap dia nak muntah. Terbaikkkkkkk *tangan atas bahuuuu*

Okeh dah siap nih lah hasilnya: 





Jemput makan yer kengkawan, tak yah nak gi Tupai-tupai sangatlah kan. Buat kat rumah jer lagi puas hati, nak letak berapa banyak steambot pun tak per, sedap tertarik ko memang da bomb!

Thursday 21 February 2013

Dahlia Ria Corner - Asam Pedas Batu Berendam, Melaka

Assalamualaikum,

Last cuti CNY, kami buat kerja gila sikit :p
Kami bercadang nak stay kat rumah mak kat Shah Alam hari Sabtu malam Ahad. Lagipun kami sekeluarga memang tak der buat apa pun.

Masing-masing tengah 'kering' huhuhu. Nak plan berjalan outstation pun tak best sangat sebab last minit outing memang apa pun tak dapat.

Ahad tuh memang aktivit macam biasa jer kat rumah mak, tapi ada jugaklah mak sebut-sebut nak jalan sana jalan sini, hurmmmmm minta maaflah kat mak banyak-banyak sebab tak dapat nak memenuhi hajat mak waktu tuh. (mood - sedey :p)

Nama pun hari cuti, Laling bangun lambat, tapi bila dia dah bangun tetiba terkeluar dari mulut Laling:

Laling: "mak nak pergi Melaka tak? Makan asam pedas nak tak?"

Mak & Mem: "Hah!"
Aku dah tentu-tentulah buat-buat terkejut beruk, padahal hati girang gumbira

Laling: "Jom lah mak, kita pergi makan jer, lepas tuh kita balik"

Hah kan dah cakap memang kerja gila, laki aku nih buat. Tapi aku memang tak cakap banyak turut kan ajer perintah Laling, hehehehe

Kami bertolak dari Shah Alam pkl 8.00 mlm, - memang lambat kami keluar rumah sebab nak menunggu adik-adik manje balik dari window shopping & watching movie kat MV Megamall.
Kami planed makan asam pedas jer, sebab kalau nak makan ikan bakar confirm penuh. Lagipun kami nak pergi dan balik - eceh dah mcm touch n go pulak.

Kami sampai kat Melaka dlm pkl 10.30 p.m., kali nih kami tak pergi kat Pokok Besar tuh, kami cari kat tempat lain - Batu Berendam, Melaka. Ramai jugak yang ckp asam pedas kat sana sedap dan murah, kalo korang nak pergi, lokasi nyer betul2 bersebelahan dengan Pasar Borong Hang Tuah, Melaka.

Hampir kesemua gerai makan kat situ jual asam pedas - main course. Menu sampingan macam roti canai, roti boom, roti telur dan mcm jenis roti tebar dan tak lupa juge otak-otak. So, oleh kerana 1st time pergi, kami makan kat gerai paling hujung sekali - Dahlia Ria Corner.

  

Mereka serve by set - 1 set asam pedas lebih kurang RM7-8, boleh tahan lah tak der lah mahal sangat. Melaka memang lah terkenal dengan masakan asam pedas kan, so tak dinafikan asam pedas kat situ memang sedap jugak.

Asam pedas ikan pari - yang nih Laling yang order:


Asam pedas ikan kembung dan telur ikan- yang nih Ocu nina dengan Mak yang order. Yang telur ikan tu opkos lah mak yang order, Ocu nina agak geli nak makan katanya.:


Mommy ain dan acik mak lang - Pak Lang on the way dari Batu Pahat ke Melaka, semata-mata nak jumpa kami, terutama wifey nyer lah - acik mak lang. Lebih kurang pukul 11.30 p.m. Pak Lang pun sampai. Gambo tak sempat nak amik.:


Ni Ocu nina dengan mak, o0o0o0opppss mak awat muka mcm tuh, sedap sangat agaknya :)
Mangkuk paling kanan tuh asam pedas daging tetel, tak berapa in sebab daging dia potong ketul besar:


Sikakak yang manjeeeee selalu, tengok nuka dia tuh, tau nak moody jer kalau berjalan:


Ayah (Laling) dan adik. Adik agak agresif malam tuh, asik nak mengusik orang jer, lepas tuh tak nak di pegang:


Habis jer makan lepak-lepak Lagi Laling nak buat kerja gila nak chek-in kat Chorus Hotel tgh pagi buta Hahahahaha, aku seperti biasa, angguk jer hehehehe. Tapi Ocu nina berkeras jugak nak balik Shah Alam, sebab esoknyer dia nak balik ke Seri Iskandar, Perak pulak.

Sampai Shah Alam dalam pukul 4.00 pagi, aku balik terus pengsan tido! ZzZzZzzzzzzzzzzzzzz

Demam oh demam

Assalamualikum...

Masih bersiaran dari ofis aku. Menunggu Laling yang tak kunjung tiba. Katanya ada problem, kereta kawan dia terkunci dari dalam. Dah tuh aku nih kena lah menunggu sampai sekarang nih.

Saja jer nak berborak-borak kat sini. Baru tersedar sekarang dah masuk bulan 2 2013 dik nun. Hurmmm cepat nyer January berlalu. 

Last week attend kenduri cousin kat Ampang Indah. Aku memang tak banyak bergambar sebab si kakak sulong asik meragam jer, nak kata demam tak jugak, sebab memang dah standby before kenduri bagi anak-anak makan ubat siap-siap.

Budak kalo demam memang haruslah tahan sabar kan?
End of January hari tuh, Saidatul demam panas. Aku dah agak pagi sebelum aku pergi kerja, masa mandikan dia, dia asik merengek jer, bila pegang tangan dia, agak panas. Rupanya balik demam panas sangat.

So esoknye decide nak ambil EL, jaga si minah manja sorang nih.



Ada jer karenah dia,

"ibu! Atul tak nak makan ubat nanti Atul muntah"

"ibu! atul nak tgk Chipmunk!" 

hah mcm tulah, kalo tak dilayan memang menangis kuat-kuat sampai dia diam. Aduhai, ikutkan saja jer lah kan karenah anak.

Yang si adik ni ok gak, dia tak banyak meragam tapi dia batuk kuat jugak, so bila kami pergi klinik, ambil ubat untuk dia sekali.



Kalau sikakak dah melayan adik apa lagi haruslah juga melayan tgk Alvin chipmunk tuh. Tapi keadaan stabil jugaklah tak lah teruk sangat nak jaga anak-anak demam nih, cuma terkejut jer sikakak panas sangat.

Hurmmmm ikut kan keadaan rumah bila ayah takder. jadilah mcm nih:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Tak kisahlah nak, asalkan korang baik dari demam, ibu cukup-cukup puas hati, kalo tak memang lah susah hati, makan tak nak, tido tak nak, apa pun tak boleh, huh!

Last sekali : 



Sesajer nak enterprem. 
Jumpa lagi :p

Tuesday 5 February 2013

Pesanan buat Sang Suami

Assalamualaikum...

Tadi ada terbaca satu artikel, rasanya ia amat berguna untuk tatapan suami aku.


Saya tetap sayang Mohd Shahidan Shahruddin.





Pesanan Buat Suami 

-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-
sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”