Pages

Monday 25 February 2013

GOTONG ROYONG 24/2/2013

Assalamualaikum.

Selamat berkerja yer kawan-kawan. Hari ini aku nak share satu cerita pasal gotong-royong. Kalau bab gotong-royong nih teringat zaman sekolah dulu. Bila ada jer event gotong-royong, aku merangkap pembantu ketua kelas mesti kena aturkan tugas kat kawan-kawan.

Tapi itu semua duluuuuuuuu - dah menyanyi lah pulak kan aku nih.

Okeh Ahad lepas, maknanya hari semalam lah kan, perumahan rumah aku ada buat gotong-royong bersihkan kawasan taman perumahan. - Owh lupa sekarang aku tinggal kat Taman Hijrah 1,  Rantau Panjang Klang. *nanti aku cerita eh pasal rumah.
Aku suka tengok kesepakatan semangat rukun tetangga dikalangan jiran-jiran aku. Ada jer aktiviti nak dibuat untuk mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah :)

So, nak dijadikan cerita, Ahad lepas gotong-royong diadakan untuk golongan lelaki. Kaum Hawa dikehendaki menyediakan juadah. Dikira pot luck lah, jadi sesiapa jer kena bawa satu juadah. Semalam memang aku tak sediakan apa-apa juadah, sebab barang dapur dah licin habis. Jadi aku aku cuma buat minuman jer - Nescafe panas satu jag. Jadilah kan, agak-agak jenjiran yang haus tuh boleh lah sental aku punya air Nescafe kan? * Ker aku nih malas?



Aku cuma mengintai jer dari dalam rumah, lepas tuh snap picture berkenaan, nak keluar segan, sebab semuanyer orang lelaki.
Memandangkan rumah aku end lot, jadi kerja pembersihan dimulakan dari rumah aku dulu:




Segala penyedok, penyodok, penyapu ada depan rumah, tengah-tengah orang dok sibuk nak bergotong-royong, Sikakak stiba-tiba request nak mandi kolam, dah macam baywatch the kids hehehehehe :



Seronok tengok semangat Laling bergotong-royong, memang teruja :p :




Keadaan amat berpuas hati selepas gotong-royong dibuat, siap ada collector untuk tin-tin kosong, barangan lusuh, sebab nak dijual kat kedai beli barang lusuh, hasil dari jualan tuh, rukun tetangga akan simpan dalam tabung. kot-kot ada event lain ker nanti boleh guna pakai duit simpanan tuh nanti. :




Ni hasil aku kumpul tin susu Sofea, memang banyak, dapat lah satu plastik sampah besar untuk dijual:




Selepas longkang dibersihkan, air longkang dari hitam terus jadi jernih, takderlah nyamuk.:




Sambil menyelam sambil minum air, Laling amatlah suka bila tang basuh kereta Bila pam motor air tu ada kat tangan dia ginilah hasilnya:



Malu kat orannnnggg, hurmmmm, mujur takder yang bising-bising, asalkan Laling dah habis kerja dia buat lah kerja dia sendiri.

Ok sehingga ketemu lagi ya ibuuu bapak-bapakkkkkk :)



2 comments:

  1. siti....yang perempuan lepak kat rumah kak yah...no 2 dari tepi taman...tak buat apa pun...bagi suport kat kaum lelaki jer...hehehe...sambil mengabiskan juadah yang ada....kih kih kih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, kalau tau korang semua lepak kat rumah kak yah, boleh jugak siti join, awat tak jejemput :p

      Delete

Terima Kasih sebab comments kat Blog Cik Itie :)