Pages

Monday 23 September 2013

A Little boy inside my tummy :)

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat Ilahi aku akan dikurniakan anak lelaki.
Selama ini memang kami menunggu kehadiran seorang anak lelaki dalam keluarga kami.

Memang tak dijangka saat ini terjadi. Aku rasa macam dunia nih aku yang punya.

Alkisah nya nak tahu sangat gender baby ni, last 17/09/2013 - aku mengadu kat husband sebab masa hari Ahad (15/9/2013) dan Isnin (16/9/2013), aku noticed bila aku lepas poo poo jer mesti bahagian ari-ari aku sakit. Dah macam membengkak, dah tu pulak aku rasa mcm kepala baby dalam perut aku nih dah ada kat position bawah.

Untuk pengetahuan korang, aku memang tak tahu lagi jantina baby sebelum tarikh 17/9/2013. Semua kenalan dok teka perut aku 

" ni mesti anak lelaki nih"

"ish kak, tak berani lah saya nak cakap, jangan lah ckp mcm tu kak, saya mcm takut pulak. Bukan takut apa, saya tak nak beria kalau kata ini lelaki esok2 keluar perempuan"

Itu memang salah satu nyer lah. Aku bukan tak nak terima takdir, tapi aku tak nak beria sangat sebelum aku tahu jantina nya. Sebab aku takut akan terkeluar perasaan kecewa, almaklum lah aku manusia biasa yang punya perasaan hehehehe.

Ok now back to the story, alkisah petang pkl 5 tu, Laling bawa aku pergi Hospital Umra kat Sek 13, Shah Alam. Sebab nya aku dok mengadu kat dia hal aku sakit bahagian bawah dan mungkin aku rasa aku 'leaking'- pecah air ketuban sedikit demi sedikit.

Sebab kalau korang nak tau, masa Sofea dulu kesahnyer aku kena c-sect, sebab poor progress akibat dari air ketuban yang berkurangan. Masa tu aku tak tau pun yang air ketuban aku rupanya dah bocor sikit demi sedikit.

Untuk mengelakkan risiko, Laling suruh aku pergi check-up. Sampai jer kat hospital, Laling dok sibuk dengan wassap group nyer tuh, dia minta aku pergi sorang. Maybe perasaan dia mcm dah biasa kot, ye lah anak ketiga kan, tak der apa yang nak excited sangat. Tapi aku tetap excited sebab aku yang mengandung kan anak-anak aku jadi aku yang rasa sakit, susah nyer nak mengandung.

Sampai turn kena panggil, aku cerita kan lah apa kesahnyer kat doctor. 

"ok awak baring kat situ kita scan baby, tengok apa yg boleh saya tolong"

"ok doctor" -  sambil nurse tolong 'selakkan' apa yang patut untuk di scan.

" hurmmm, saya tengok air ketuban mmg cukup takder masalah"

"owh ye ker doctor" 

" Yup, ok kita tgk keadaan baby pulak, owh ok kepala baby ah ada kat bawah, placenta pun dah ada kat atas, so semua nya dalam keadaan baik"

" Alhamdulillah, tapi doctor memandangkan ini baru 1st time saya scan untuk baby ni, boleh tak nak tau gender baby?"

" ok boleh jer, so yang kat rumah dua orang tu lelaki ker perepuan?"

"saya dua-dua dapat perempuan" 

" owh kalau mcm tuh, awak tgk kat gambar nih, tgk yang atas nih peha kanan dia, yang bawah nih peha kiri dia, hah yang tengah bulat nih 'TELUR' "

"Hah telur?" - sungguh aku blur apa itu telur, terkial-kial nak fikir telur tuh apa

" aik takkan awak tak tau telur tuh apa, it's boy!" 

Syukur alhamdulillah, tak terkira dan tak terkata bila kawan-kawan yang meneka baby boy ni termakbul doa mereka.

Alhamdulillah, Allahuakbar!

Speechless bila dapat tau yg dalam perut nih anak lelaki!



Doa kalian amat lah dihargai. Mudah-mudahan semuanya selamat nanti bila sampai waktunya!
Amin. :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sebab comments kat Blog Cik Itie :)