Kebiasaannya korang semua suka makan steambot kat mana ek?
Mak aku suka makan kat Tupai-tupai, dia kalo awal bulan jer mesti nak ajak ke sana. Tapi kami tak berapa nak suka sangat sebab mahal.
Ada jugaklah pernah buat makan-makan dengan member kat Flamingo, Bukit Kemuning. Hurmm boleh tahan jugaklah, tapi nak bagitau nih, jangan sesekali datang lambat, nanti habis bahan-bahan yang nak di stim. Last time pergi sana, berkonsepkan SELF SERVICE, tapi hampeh kalo ada makanan yang tertumpah, tak nampak pun pekerja dia bersihkan, memang kembang tekak jugaklah nak makan.
Tapi nak bagitau nih, isnin lepas Mak Long Kak Am teringin nak makan steambot:
Kak Am: "Ti aku terasa nak makan rebus-rebus"
Mem: "Gi lah makan kat Tupai-tupai atau Flamingo tu"
*serius bila sebut Flamingo jer kembang tekak - teringat makan hari tuh :p
Kak Am: " Ala Tupai-tupai tuh mahal la, sekarang nih tengah bulan, apa lah ko nih pepaham lah :p"
Mem: " hurmm kalo mcm tuh tak yah gi lah, jom dinner kat rumah Siti nak?"
Kak Am: "Hah ok gak, jom kita buat rebus-rebus jugak nak?
Hahhhhhh! maka terbitlah idea nak makan steambot buatan Mak Long Kak Am sendiri. huhuhu....
okeh Mak Long Kak Am, jom kita setting!
Aku ditugaskan untuk buat kuah tomyam - kalo korang nak tau Laling memang suka sangat kalau aku masak Tomyam, dia akan ulang-ulang sampai dia cakap dia nak muntah. Terbaikkkkkkk *tangan atas bahuuuu*
Okeh dah siap nih lah hasilnya:
Jemput makan yer kengkawan, tak yah nak gi Tupai-tupai sangatlah kan. Buat kat rumah jer lagi puas hati, nak letak berapa banyak steambot pun tak per, sedap tertarik ko memang da bomb!
ti....nanti buat ajak jiran-jiran plak eh....
ReplyDeleteAd, okeh jer nanti ada rezeki siti jemput. Pasti satu hari kita buat gathering dengan jenjiran pulak :)
ReplyDelete